Tersenarai Sebagai 10 Selebriti Terkaya di Malaysia, Kenali Siapa Sebenarnya Datuk Adi Putra

Tersenarai Sebagai 10 Selebriti Terkaya di Malaysia, Kenali Siapa Sebenarnya Datuk Adi Putra

Pelakon sensasi, Datuk Adi Putra, 41, enggan mengulas dakwaan memiliki kekayaan sebanyak RM22 juta sebagaimana yang didakwa oleh sebuah portal tempatan.

Tersenarai Sebagai 10 Selebriti Terkaya di Malaysia, Kenali Siapa Sebenarnya Datuk Adi Putra



Menurut Adi, dia lebih selesa menganggap segala kesenangan dan kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan dari Yang Maha Esa.

ARTIKEL MENARIK:“Minta Maaf Atau Bersemuka Dgn Saya”- Yusuf Azmi ‘S0und’, Kali ni Smpai Ajak Jumpa. Mmg Pedas Ayat ‘Last’ Dia


“Angka itu diberikan oleh orang dan Ia boleh jadi lebih dan kurang. Namun, ia hanya angka, apa yang lebih penting ialah hala tuju kita sebagai hamba. Saya hanya meminjam daripada-Nya sahaja.

“Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial.

“Namun saya lebih selesa di belakang tabir kerana ada banyak urusan yang ingin saya ceburi. Kalau saya berhenti berlakon, ada yang akan merindui. Saya hanya membantu mereka untuk ke destinasi,” katanya.

Adi berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pelancaran filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di Pangkalan Udara Subang, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentara Udara, Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal, Adi tersenarai sebagai selebriti yang mempunyai kekayaan lebih dari RM4.3 juta pada tahun 2017/2018.

Malah, Adi juga tersenarai sebagai 10 selebriti terkaya di Malaysia.

Selain itu, ditanya mengenai pembabitannya yang kerap dalam menyantuni masyarakat, Adi menganggap ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial seorang figura umum.

“Saya rasa saya bersyukur dan berterima kasih kepada orang tua saya dan mereka yang penyampaikan berita itu.

“Kerana tidak perlu saya hebahkan kerana mengantara itu sudah ada. Betul saya nak memberi kepada masyarakat dengan cara ini, orang lain lain caranya.

“Sebagai figura awam saya tidak boleh lari daripada pemerhatian orang. Sekurang-kurangnya itulah yang boleh saya lakukan,”katanya.

Untuk rekod, Adi menubuhkan syarikat agensi pengurusan umrah dan haji bermula tahun 2013.

Adi Putra merupakan antara pelakon drama adaptasi novel ‘Bicara Cinta’ karya Missa J yang bakal menghiasi slot Akasia di saluran TV3.

Siri garapan sutradara Along Kamaludin itu turut dijayakan Emma Maembong, Azrel Ismail, Eizlan Yusof, Khalida Balqis, Balkisyh Semundur Khan, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

Kata Datuk Adi,“Terima kasih kepada yg Menulis Artikel ini, semoga Allah permudahkan Urusan Anda. Bonda ku berpesan, permudahkanlah urusan org lain InsyaAllah Allah permudahkan Urusan mu, menjayakanlah niat dan hajat org lain insyaAllah Allah akan menjayakanmu. Pesanan dari kecil hingga kini tak akan ku lupai. Ameen YA Rabb”.

Tahniah!Datuk Adi Putra Tersenarai Sebagai Top 10 Selebriti Paling Kaya Di Malaysia 2017/2018

Dahulunya nama Datuk Adiputra atau lebih di kenali ramai dengan panggilan ringkas “Datuk Adi”,beliau sangat-sangat popular sebagai pelakon drama dan juga filem di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu,

Datuk Adi ini juga pernah menjadi seorang model terkenal sejak berada di Singapura lagi. Apabila hijrah ke Malaysia, namanya semakin naik dengan pelbagai aktiviti termasuklah mempunyai perniagaannya sendiri.

Hari ini, Datuk Adi di lihat makin bahagia di samping isteri tercinta,Datin Aida. Kehidupannya juga semakin memuncak kerana perniagaanya juga di lihat semakin di kenali ramai. Pasti ramai yang bertanya, apakah sumbangan Datuk Adi hingga mendapat gelaran Datuk tersebut? Mengikut sumber, Datuk Adi ini walaupun mungkin di lihat tidak sekerap dahulu untuk muncul di dalam mana-mana drama dan juga filem, beliau sekarang ini sangat aktif dalam membesarkan bisnes travelnya yang semakin maju itu.


Loading...


Datuk Adi di katakan telah membawa ramai jemaah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah di bawah syarikatnya yang semakin berkembang dan berjaya itu. Pada masa yang sama, Datuk Adi juga merupakan pengerusi dan ketua dalam memimpin satu gerakan amal dalam mengumpulkan dana besar bagi membantu ramai orang susah dan golongan yang memerlukan.

Jika di ikutkan, Datuk Adi ini juga tersenarai sebagai selebriti yang mempunyai kekayaan lebih dari USD 1 million untuk tahun 2017/18. Hal ini tidak di nafikan oleh Datuk Adi memandangkan dia dengan rendah diri turut mendoakan kebaikan buat pihak yang menulis artikel tentangnya itu.

Biodata

Nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera bin Halim. Menggunakan nama komersial, Adi Putra.

Kelahiran Singapura pada 26 Februari 1981. Kini berumur 39 tahun.

Memegang status sebagai warganegara Malaysia.

Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.

Seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002.

Antara drama dibintanginya seperti Cinta Bollywood 2, Spa Q, Akukah Tanggang, Tentang Dhia, Sehangat Asmara, Cinta Si Wedding Planner dan Bahagia Bukan Bidaan.

Termasuk telefilem Juminten, Kehangatan Lantana, Air Mata Salina , Jauh, Serindu Taj Mahal, 3 Hari Menanti Mati dan banyak lagi.

Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Histeria, KL Gangster, Aku Terima Nikahnya dan Mat Kilau.

Juga terlibat dalam bidang teater menerusi pementasan Rubiah, Sri Mersing, Akulah dan Di Bawah Lindungan Ka’bah.

Turut melebarkan sayap dalam cabang seni muzik menerusi penghasilan album studio solo perdananya yang berjudul Kelahiran terbitan tahun 2008. Antara single dipopularkannya termasuk Tentang Dhia, Tiada

Kasih Tiada Cinta dan Dia Untukku.

Penyandang gelaran Artis Lelaki Anggun Bergaya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25 pada 2011, Anugerah Harapan Seri Temasek di Anugerah Seri Temasek (2012), Anugerah Artis Sensasi di

Anugerah Melodi ke–3 (2013) dan Selebriti Lelaki Paling Seksi di Anugerah Stail EH! (2014).

Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @adpadiputra sehingga kini mencatatkan lebih 1.3 juta pengikut.

Fakta Menarik

Berketinggian 1.72 meter.

Juga dikenali sebagai Hadi Putera dan Ady Putra.

Bekas penuntut Institut Pendidikan Teknikal Singapura dalam bidang Kejuruteraan.

Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan sebagai seorang penghantar Pizza Hut, kakitangan kedai serbaneka 7-Eleven dan juruteknik penghawa dingin.

Selesai menjalani khidmat negara, pekerjaan sepenuh masanya yang pertama ialah sebagai juruteknik pencahayaan untuk sebuah produksi siri televisyen Cina MediaCorp.

Mula terjun dalam bidang seni di Singapura sebagai model, pelakon dan pengacara di MediaCorp Suria.

Berpindah ke Malaysia pada 2004 untuk melebarkan kerjaya seninya sebelum diterima baik peminat seni hiburan tempatan.

Mengumumkan dirinya termasuk isteri dan anak-anak telah menerima status warganegara Malaysia, menerusi laman Instagram pada April 2018.

Pada 24 Oktober 2017, beliau menerima anugerah Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Perkahwinan

Mendirikan rumah tangga dengan Zuhaida Yusof pada 14 April 2006 sebelum dihadirkan dengan Zara Adelia sebagai cahaya mata sulung pada 18 Oktober 2012.

Mereka bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada Mac 2017 sebelum kembali bernikah pada Januari 2018.

Selain itu, beliau pernah berkahwin dengan Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016, namun berpisah pada Mac 2017.

Tak sangkakan? Datuk Adi ini nampak sangat merendah diri dan tidak suka mempamerkan harta kekayaannya di laman sosial. Namun di sebalik itu banyak hal kebajikan dan kejayaan yang dia capai oleh beliau dalam diam. Tahniah Datuk Adiputra!

kredit: mstar, https://iluminasi.com/ viaTrending Sangat






-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post