Pernah Viral, Tapi Ramai Tersentuh Lihat Video Cik Non Sebelum Dijemput Ilahi

Pernah Viral, Tapi Ramai Tersentuh Lihat Video Cik Non Sebelum Dijemput Ilahi

Warganet hari ini dikejutkan dengan pemergian pengasas produk, Cik Non yang disahkan meninggal dunia oleh suaminya akibat komplikasi kesihatan di Hospital Kajang, awal pagi tadi.

Pernah Viral, Tapi Ramai Tersentuh Lihat Video Cik Non Sebelum Dijemput Ilahi



Sekiranya dulu Cik Non atau nama lengkapnya Nor Shahada Aisyah Mohd Yasin ditularkan dengan cerita negatif, kali ini arwah mengundang sebak menerusi perkongsian orang ramai di laman Facebook.

ARTIKEL MENARIK:Selepas Kena Tegur Kongsi Lakaran 6 Sosok Peny1hir, Ini Kata2 ‘Pawang Diraja’ Pada Kazim Elias


Seorang pengguna Facebook, Anis Farhana memuat naik dua video daripada TikTok suami arwah memaparkan Allahyarham menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dengan mengerjakan solat.

Sebuah video memperlihatkan Cik Non mengajar anak perempuannya untuk bersolat, manakala satu lagi video menunjukkan arwah menjadi makmum sebelum bersalaman dengan suaminya setelah selesai menunaikan solat.

“Allah tak pandang permulaan perjalanan hambaNya tapi Allah pandang pengakhiran hambaNya.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman disisiNya. Amin,” tulis Anis.

Ternyata meskipun sering menerima cacian dan makian segelintir individu, ibu seorang cahaya mata itu sentiasa cuba memperbaiki diri secara perlahan-lahan sehingga ditakdirkan ‘pergi’ buat selama-lamanya.


Loading...


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan berita pemergian arwah selain menyifatkan ia adalah pengakhiran terbaik buat Allahyarham Cik Non.

Diam2 ubah diri, kita macam mana?

Suami tenang umum di TikTok Cik Non meninggal… tiada live pengebumian

“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahadah Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi,” ujarnya dalam nada tenang.

Dalam video sama, suaminya turut memohon maaf jika Cik Non ada melakukan sebarang kesalahan sepanjang hayatnya.

Tambah suaminya, dia juga tidak akan membuat siaran langsung pengkebumian isterinya atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

“Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya.

“Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia,” ujarnya dalam video itu.

Dalam pada itu, beberapa individu di laman Facebook turut berkongsi maklumat, mendakwa Cik Non meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada otak selepas mengalami cirit-birit selama empat hari.

Terdahulu, nama Cik Non menjadi popular selepas videonya tidak memakai pelitup muka ketika masuk ke pusat beli-belah sewaktu pandemik C0vid-19 selain beberapa lagi kontr0versi lain.

Sumber: Facebook search via Trending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post