Netizen puji lakonan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahl4wan… Nama Fattah Amin trending di Twitter, bukan lagi ‘pelakon kayu’

Netizen puji lakonan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahl4wan… Nama Fattah Amin trending di Twitter, bukan lagi ‘pelakon kayu’

DI AWAL kemunculan pelakon Fattah Amin sebagai aktor, lakonannya sering mendapat kritikan sehingga ada mengelarnya sebagai ‘pelakon kayu’ dan hanya bersandarkan kepada rupa paras yang kacak untuk kekal dalam industri.

Netizen puji lakonan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahl4wan… Nama Fattah Amin trending di Twitter, bukan lagi ‘pelakon kayu’



Namun kemunculan Fattah dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan sebaliknya apabila lakonannya mendapat pujian ramai sehingga namanya menjadi trending di laman Twitter.

ARTIKEL MENARIK:“Adik Aku Sndiri Ambil Video ni”- Akhirnya Trb0ngkar Apa Yg Mak Wan lakukan Hingga Pngurus Lapor Polis


Ramai dalam kalangan peminat dan penonton filem itu kagum dengan persembahannya membawakan watak Awang dalam filem arahan Syamsul Yusof itu sekaligus membuktikan Fattah bukan lagi ‘pelakon kayu’ seperti diperkatakan sebelum ini.


Fattah mendapat kepercayaan Syamsul untuk membawakan watak Awang.

Menyingkap beberapa perkongsian di media sosial, netizen menyifatkan lakonan Fattah sudah banyak menunjukkan perkembangan malah ia antara watak cukup meninggalkan kesan dalam filem tersebut.

Ramai menyifatkan lakonannya itu berbeza berbanding watak-watak yang pernah dia lakonkan sebelum ini.

“Seorang lelaki dari ‘pelakon kayu’ sekarang menjadi Hawkeye Tanah Melayu. Kena terima Fattah sudah tidak kayu. Gerakannya memang tepat.

Fattah Amin membuktikan manusia berubah. Selain Beto, Fattah Amin sangat bagus dalam Mat Kilau. Dia curahkan segalanya dalam filem ini,” komen netizen.

Dalam filem tersebut, Fattah memegang watak Awang, rakan seperjuangan Mat Kilau lakonan Datuk Adi Putra dan ia digambarkan sebagai seorang yang hebat memanah.

Ketika bercakap tentang wataknya sebelum ini, Fattah sendiri mengakui puas dengan peranan yang diberikan.



Loading...


“Watak yang saya bawakan dalam filem Mat Kilau antara yang kuat saya pernah bawakan. Penonton akan tahu mengapa saya katakan begitu selepas mereka menontonnya nanti.


Barisan pelakon Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

“Rasanya segala penat lelah sepanjang berada di lokasi sangat berbaloi. Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan,” ujarnya.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan pada 23 Jun lalu dan berjaya mencapai kutipan box office sebanyak RM2.8 juta selepas dua hari ditayangkan.

Sumber:Mstar


Kredit -Bulletin 50 Times.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post