Lepas Buat Hantaran Persenda Adibah Noor, Ibnu Ahmad Beritahu Apa Yg Jadi Kepada Dia Sampai Mohon Maaf

Lepas Buat Hantaran Persenda Adibah Noor, Ibnu Ahmad Beritahu Apa Yg Jadi Kepada Dia Sampai Mohon Maaf

Kuala Lumpur: Lelaki dikenali Ibnu Ahmad Ar-Rayyan yang sebelum ini mempersenda kematian artis versatil, Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar di media sosial akhirnya memohon maaf atas keterlanjurannya.

Lepas Buat Hantaran Persenda Adibah Noor, Ibnu Ahmad Beritahu Apa Yg Jadi Kepada Dia Sampai Mohon Maaf



Lelaki terbabit membuat permohonan maaf terbuka itu menerusi hantaran di Facebook (Fb) Ibnu Ahmad Ar-Rayyan lll dipercayai akaun terbarunya.

ARTIKEL MENARIK:Fizo Omar Dedah Punca Kematian Adibah Noor. Buat Ramai Tak Sangka


Selain membuat permohonan maaf, dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

“Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya, serta peminat Almarhum khasnya diatas komen saya di Harian Metro tempoh hari .

“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan saya. Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Moga roh Adibah Noor ditempatkan di kalangan para solehah,” katanya Ibnu Ahmad Ar-Rayyan.

Semua Akauan FB Kena Sekat

Dalam hantaran sama, Ibnu Ahmad Ar-Rayyan turut memaklumkan semua akaun Fb miliknya sebelum ini sudah disekat.

“Tak pasti dapat kembali atau tidak (akaun Fb). Sekali lagi saya mohon jutaan ampun dan maaf. Tolong ‘viralkan’ (tularkan) status saya,” katanya.

Sabtu lalu, negara digemparkan dengan pemergian Adibah Noor yang juga Finalis Gegar Vaganza musim kelapan.

Adibah Noor, 52, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang sekitar 6.30 petang akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, di sini, 11.30 pagi, kelmarin.

Berita duka dan mengejutkan itu disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Fb miliknya Sabtu lalu.

Susulan itu, ramai menzahirkan ucapan takziah dan kesedihan menerusi laman sosial termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, komen ditinggalkan Ibnu Ahmad Ar-Rayyan di salah satu berita dimuat naik di Fb Harian Metro antara yang mendapat perhatian kerana tidak sensitif dan keterlaluan.



Loading...


Komen itu sempat ditangkap layar oleh netizen yang kemudiannya menyebarkannya di laman sosial mereka.

Bukan hanya netizen malah beberapa selebriti tanah air turut meluahkan kemarahan dan kekecewaan di laman sosial susulan komen Ibnu Ahmad Ar-Rayyan itu.

PERMOHONAN maaf terbuka Ibnu Ahmad Ar-Rayyan di Fb miliknya. FOTO Facebook

kredit: hmetro


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post