“Kahwin Muda Sewaktu Umur 19 Tahun”- Tegar Dedah Punca Sebenar Dia Cer4ikan Isteri

“Kahwin Muda Sewaktu Umur 19 Tahun”- Tegar Dedah Punca Sebenar Dia Cer4ikan Isteri

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka.

“Kahwin Muda Sewaktu Umur 19 Tahun”- Tegar Dedah Punca Sebenar Dia Cer4ikan Isteri



Tidak mendedahkan sebab sebenar perceraiannya itu, Tegar, 22, bagaimanapun memberitahu terlalu banyak masalah dilaluinya dan sukar untuk dijelaskan satu persatu.

ARTIKEL MENARIK:“Abang nak Melur tak malam ni?”- Netizen M4lu Dengar Ayat ‘Double Meaning’ Drama


“Fakta bahawa saya sudah bercerai adalah benar, sekarang saya mahu teruskan soal kerjaya.

“Banyak masalah yang terjadi sebelum ini dan terlalu panjang jika mahu diceritakan,” katanya.

Menerusi perkongsian di IG Story, bekas peserta program Big Stage 2022 ini secara merendah diri memberitahu dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan sudah penat dengan cabaran terpaksa dilalui sebelum ini.


Perceraian itu dilihat berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan sehingga badannya menjadi kurus akibat tekanan.

“Saya terlalu penat dan tidak mahu mengulanginya lagi. Saya bukan manusia sempurna, pening kepala dan stres fikirkan banyak perkara. Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu.

“Saya memilih untuk memulakan hidup baru, bermula dari kosong. Saya hanya duduk di rumah sahaja sehingga badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.

“Wang juga susah nak cari, saya jadi tertekan,” katanya.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Tegar Septian pilih ‘kahwin muda’ elak zna

Kuala Lumpur : “Kerana mahu menghilangkan (elak) zna”.

Demikian penjelasan penyanyi kelahiran Indonesia, Tegar Septian, 21, secara ringkas mengenai keputusan yang diambilnya untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Sarah Sheilka pada Mac 2020 lalu ketika berumur 19 tahun.



Loading...


Hasil perkahwinan itu, pasangan muda ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun.


Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya.

“Tambah pula, saya juga sudah jarang melepak di luar dengan kawan-kawan. Jadi, duduk di rumah dan memberi fokus pada perkongsian kandungan di YouTube saja,” katanya.

Meskipun baru menjengah usia awal 20-an, Tegar jelas kelihatan semakin matang dalam berbicara dan tutur kata amat dijaga sejak bergelar bapa.

Berbicara juga pembabitannya di Big Stage 2022, Tegar menjelaskan yang dia mahu menjadikan pentas pertandingan itu sebagai platform untuk dirinya kembali berkarya.

“Alhamdulillah, isteri dan keluarga yang berada di Indonesia faham tentang hasrat saya untuk kembali menyanyi. Penyertaan saya ini juga demi kesenangan dan masa depan kami bersama.

“Insya-Allah, kalau diberi peluang mereka akan datang untuk melawat saya di sini,” katanya.

Sumber: Mstar dan Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Kredit -Bulletin 50 Times.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post