“Apabila diterima nanti jangan pula terlalu riyak”-Ali Puteh

“Apabila diterima nanti jangan pula terlalu riyak”-Ali Puteh

PERNAH melalui waktu sukar ketika menghadiri uji bakat menyertai program Raja Lawak sebelum ini, Ali Puteh berkongsi nasihat buat mana-mana yang mahu mencuba nasib dalam bidang ini supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada.

“Apabila diterima nanti jangan pula terlalu riyak”-Ali Puteh



Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, memberitahu masalah kewangan antara kesukaran yang dia lalui untuk pergi ke lokasi uji bakat program tersebut sekitar tahun 2009 dahulu.

ARTIKEL MENARIK:“Saya Tak Boleh Tengok Muka Dia” – Shuib Beritahu Apa Yg Jadi Lepas Anak2 Jumpa Kembar Siti Sarah


“Dua tahun saya mencuba nasib pergi uji bakat sebelum betul-betul diterima untuk muncul di televisyen. Ketika itu saya tidak dapat pergi ke semua tempat uji bakat kerana tiada modal yang cukup.
“Program sebegini sudah lama tidak ada. Jadi kepada sesiapa yang mahu cuba menjadi pelawak janganlah sia-siakan peluang yang ada.

“Saya amat mengalu-alukan kehadiran pelawak baharu dan nasihat saya supaya jadilah diri sendiri. Janganlah cuba meniru Zizan Razak, Nabil atau Johan.

Ali bersama rakan-rakan pelawak yang akan menjadi juri dalam sesi ujibakat Awesome Raja Lawak.

“Apabila diterima nanti jangan pula terlalu riyak dan saling menghormati orang-orang dalam bidang ini,” katanya kepada mStar.

Ali bakal menjadi juri dalam salah satu lokasi pencarian bakat baharu program Awesome Raja Lawak untuk siaran Awesome TV.

Uji bakat untuk program ini akan diadakan di empat lokasi berbeza iaitu Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur bermula Ahad, 4 Jun.

Apabila diterima nanti jangan pula terlalu riak dan saling menghormati orang-orang dalam bidang ini

Selain Ali, antara pelawak lain yang bakal turun ke empat lokasi tersebut adalah Mamak Puteh, Ajak Shiro, Atu dan Fad Bocey.

Dalam pada itu, Ali juga diberi kepercayaan oleh stesen Awesome TV untuk menjadi watak utama dalam sebuah sitkom baharu berjudul Lot 69.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif stesen tersebut, Datuk Adam Ilyas, keputusan untuk mengekalkan nama program seperti yang pernah diterbitkan oleh Astro sebelum ini adalah kerana jenama tersebut sudah cukup sinonim.

Adam Ilyas mahu kekalkan nama Raja Lawak untuk siaran Awesome TV.
“Kita kekalkan nama Raja Lawak itu sebab ia adalah satu jenama yang sudah kuat. Kalau kita pakai nama lain ia akan ambil masa lama untuk naikkan jenama itu.

“Lagipun nama itu memang sangat sinonim dengan program pencarian pelawak baharu,” jelasnya.



Loading...


Biodata

Pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey.

Menggunakan nama komersial, Ali Puteh.

Kelahiran Gombak, Selangor pada 1989.

Berumur 31 tahun.

Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pelakon dan pengacara sejak tahun 2012.

Perjalanan Karier

Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Raja Lawak musim keenam pada tahun 2012 yang mana ketika itu beliau menganggotai kumpulan Albob bersama abangnya, Abam.

Pada 2013, beliau bertanding dalam program Bintang Mencari Bintang bersama Mohd Daniel Lee dan menggunakan nama ‘Bowl’, menjadi protege kepada pelawak senior, Dato Afdlin Shauki.

Pada 2015, beliau menubuhkan kumpulan Puteh bersama Mamak dan diangkat sebagai naib juara Projek Komedi Warna.

Kejayaannya berterusan di Maharaja Lawak Mega 2016 sebagai pemenang tempat ketiga di peringkat akhir.

Penyertaan bersama Man Raja Lawak sebagai ahli baru Puteh membawa kepada kemenangan trofi juara Maharaja Lawak Mega 2019 sekaligus menjadi kemuncak kerjaya seninya setakat ini.

Lain-lain pencapaian beliau termasuk menduduki tempat kelima Maharaja Lawak Mega 2017 dan tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2018.

Kehidupan Peribadi

Merupakan anak kepada pasangan Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey (bapa) dan Rosbiah Arshad (ibu).

Abangnya, Abam Bocey turut bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelawak.

Anak keduanya meninggal dunia pada 26 November 2019 ketika dirinya masih berentap di Maharaja Lawak Mega 2019 minggu kelima.

Dugaan baharu menyusul apabila abangnya, Syed Umar Moktar atau Abam Bocey pergi menghadap Ilahi pada 10 Februari 2020 selepas menderita demam panas.

kredit:mstar 

viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post