9 Tip Pilih Durian Yang Elok Isinya, Nak Yang Manis Cari Bentuk Lonjong!

9 Tip Pilih Durian Yang Elok Isinya, Nak Yang Manis Cari Bentuk Lonjong!

Musim durian datang lagi, kalau tengok dah ramai yang menjual raja buah ni dan harganya pun mampu untuk dimiliki. Tapi bagi peminat durian, mereka tak kisah pun dengan harga asal dapat menikmati buah durian yang elok isinya, manis dan sedap.

9 Tip Pilih Durian Yang Elok Isinya, Nak Yang Manis Cari Bentuk Lonjong!



Ada yang sanggup membayar beratus ringgit hanya untuk tiga atau empat biji durian. Disebabkan harganya yang tak murah itulah, kita kena pandai memilih durian supaya berbaloi dengan harga yang kita bayar.

ARTIKEL MENARIK:Makan Lala Selalu Jumpa Lumpur? Ini 2 Cara Bersihkan Agar Lala Berlumpur Tak Termasuk Dalam Masakan


Agar tak kecewa dengan isinya boleh ikut tip pilih durian yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.

1. Lihat tangkai


Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. Kalau nampak rata atau macam dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isi buahnya pun tebal juga.

Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isi buah pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati ya.

2. Duri jarang dan besar

Jika duri durian jarang dan besar-besar biasanya isinya padat, tapi kalau duri durian dekat dekat isi durian selalunya lembik.

3. Pilihlah buah yang ringan

Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya berair atau busuk.

4. Jangan ambil durian yang dah retak kulit


Elak  ambil buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian menyebabkan isinya bercampur dengan udara. Isi durian boleh jadi masam atau tawar.



Loading...


5. Ketuk dulu, dengar tak bunyi ‘bluk bluk’

Waktu pilih ketuk dulu durian. Jika terdengar bunyi “bluk-bluk” bergema, itu tandanya durian sudah matang atau masak. Tapi bila terdengar bunyi “plek-plek” itu tandanya durian belum matang.

6. Cuba goncang pulak

Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncang buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan pegang kuat. Kemudian goncang perlahan-lahan.

Jika ada rasa getaran kecil maknanya isi kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit. Manakala isi yang lembap atau terlalu lembik akan melekat pada dinding kulit durian.

7. Pilih yang ada 5 pangsa


Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat pada garis di kulit durian dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang elok isi mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.

8. Bulat banyak isi, lonjong lebih manis

Bentuk bulat menandakan isinya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat, biasanya isi  sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.

9. Cium bau


Dekatkan durian dengan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat kemungkinan besar buahnya manis. Tapi jika sudah tidak ada bau, kemungkinan buahnya sudah masuk angin dan rasanya hambar.

Semoga durian yang kita pilih tidak mangkak atau yang tidak manis.  Ok jom pergi beli!


Kredit -Vanilla Kismis.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post