KUALA LUMPUR – Sebelum ini pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkongsi gambar sebelah pergelangan tangannya ditumbuhi kutil-kutil hitam yang banyak.
Awal pagi ini, Mohd. Kazim berkongsi wajahnya turut mengalami penyakit misteri itu.
ARTIKEL MENARIK:Ramai Simpati Pak Cik Tunjuk Rumah Usang, Sekali Terkejut Tengok Luar Setinggan Dalam Macam Hotel
Menurutnya, seluruh tubuhnya kini mengalami penyakit tersebut yang menyebabkan kegatalan, luka dan kepedihan yang amat sangat.
Mohd. Kazim berkata, sudah lebih lapan bulan dia menderita penyakit tersebut.
Selama ini dia mengambil tindakan mendiamkan diri kerana berasa malu dan rendah diri di samping berusaha untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan penyakit berkenaan.
Namun kerana penyakit tersebut telah melarat, dia tidak lagi mampu untuk menyembunyikan derita yang ditanggung.
“Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu, saya rasa rendah diri sangat-sangat.
“Sebab itu saya siarkan lengan petang tadi sebagai kiasan pada badan saya. Saya rasa saya perlukan pertolongan untuk sesiapa baik doktor atau perubatan alternatif untuk merawat saya.
“Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok. Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas,” katanya.
Jelas Mohd. Kazim, selama ini apabila muncul di tempat awam dia berusaha menyembunyikan kutil, bonjolan hitam dan luka yang dialaminya.
Dia akan meletakkan tampalan bagi menyembunyikan penyakit berkenaan terutama di bahagian muka.
“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini saya rasa saya tidak boleh lagi sembunyi daripada orang ramai.
“Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak.
“Bukan hanya di muka malah seluruh badan. Ia boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena,” katanya.
Mohd. Kazim menjelaskan, dia sudah berusaha untuk berubat di banyak tempat tetapi masih belum diberikan keizinan oleh Allah untuk sembuh.
Sementara itu Mohd. Kazim meminta maaf jika sikap dan tingkah lakunya ketika memberi ceramah sepanjang ditimpa penyakit tersebut menyebabkan ada pihak yang terguris hati.
Ini kerana, dia terpaksa bergegas pulang sebaik sahaja selesai menyampaikan ceramah kerana tidak tahan dengan kegatalan serta pedih yang dialami di seluruh tubuhnya.
Mohd. Kazim berkata, tindakannya datang tergesa-gesa dan meninggalkan majlis lebih awal menyebabkan ada pihak yang beranggapan dia sombong.
“Walaupun sakit tetapi tetap saya terima semua jemputan ceramah dan program. Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.
“Walau kadang-kadang dilabel sombong kerana tak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu tetapi tetap saya tabahkan hati sebab saya tahu orang ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.
“Saya jugak memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda,” kata Mohd. Kazim.
Pendakwah itu turut meluahkan kebimbangan keadaan dirinya akan menyebabkan dia hilang daripada dunia dakwah.

Kredit -http://trendingsangat.pw/ via
Post a Comment