Selagi Ada Dua Individu Ni, Memang Jah4nam BadmInton Malaysia” – Roslin Hashim

Selagi Ada Dua Individu Ni, Memang Jah4nam BadmInton Malaysia” – Roslin Hashim

Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim berasakan ada kepincangan dalam pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dilihat menjadi penyebab kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan meninggalkan badan induk itu.

Selagi Ada Dua Individu Ni, Memang Jah4nam BadmInton Malaysia” – Roslin Hashim



Bagi Roslin, dia tidak menganggap tawaran RM4 juta kepada Zii Jia sebagai penyebab utama namun berdasarkan pengalamannya yang pernah bersama BAM sebelum ini,

ARTIKEL MENARIK:Saya nak luangkan masa sepenuhnya dgn anak-anak tanpa mereka tahu Abi mereka mungkin akan pergi pada bila-bila masa”- Datuk Azizulhasni


dia tahu sesuatu perlu dilakukan demi masa depan sukan badminton negara.

Tegas Roslin, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Zii Jia mengambil keputusan untuk keluar daripada BAM ketika dia masih belum sampai ke kemuncak prestasi.

“Persoalan sekarang kenapa Zii Jia keluar dari badan induk yang besar. Yang ada segala-galanya.”

“Kena ada proses bedah siasat. Kena tahu punca kenapa Zii Jia buat keputusan itu. Masalah sekarang saya rasa adalah pengurusan.”


Bukan pasal pemain atau jurulatih. Benda ini perlu disiasat terutama oleh Pesuruhjaya Sukan,” katanya.

Roslin juga mempersoalkan mengapa bekas ketua jurulatih wanita negara, Chan Chong Meng meletakkan jawatan selepas hanya 18 bulan bersama BAM.

“Chong Meng masuk ke dalam BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita. Fikirlah tak sampai dua tahun dia letak jawatan.”

“Dalam pada waktu itu Chong Meng berjaya membentuk beregu wanita negara. Sekarang ini Zii Jia pula. Jadi saya rasa memang perlu siasat perkara ini,” katanya.

Sementara itu bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim turut menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti sama ada wujud kemelut dalaman dalam BAM


Loading...


sehingga mendorong Zii Jia bertindak meninggalkan BAM.

Jika tiada tindakan segera dilakukan, BAM dikhuatiri akan kehilangan lebih ramai pemainnya.

Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 ketika ini menghuni ranking ketujuh dunia menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 11 Januari lalu.

video kenyataan Roslin Hashim:

Sumber: tuncarlos.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Kredit -Bulletin 50 Times.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post