Gara-gara memukul isteri hingga meninggal dunia, seorang lelaki, Mohd. Syawalludin Ismail dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh.
Dalam kejadian antara jam 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu, tragedi berlaku di Taman Koperasi Maju Jaya difahamkan gara-gara baran si suami akibat kecurangannya tular di media sosial.
ARTIKEL MENARIK:Jiran terkejvt, wanita m4ut dipukvl suami bar4n rupanya sebelah rumah. -“Tak pernah dengar bertengk4r…”
Bakal digantung sampai m4ti
Menerusi sumber Kosmo, tertuduh yang berusia 38 tahun merupakan seorang mekanik dan telah memukul isterinya, Siti Nadirah Mohd. Nazul hingga mengakibatkan kematian.
Walaubagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Menerusi prosiding di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain, pertuduhan bapa empat orang anak itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Loading...
Tak dibenarkan ikat jamin..
Difahamkan, tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin malahan dirinya langsung tidak diwakili mana-mana peguam.
Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.
Sumber:Redaksi via
Post a Comment