PENGACARA dan penyanyi Elly Mazlein menganggap tindakan menutup wajah anak di media sosial adalah pilihan masing-masing.
Tidak bersetuju dengan pendapat usahawan jamu Kak KM, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelakkan anak-anaknya terdedah ke dunia glamor.
ARTIKEL MENARIK:Digari Punca ‘Tolak Palang’ Nk Masuk Rumah, Ini Tindakan Terkini Awal Ashaari Elak Pengurusan ‘B0doh’
“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom (panggilan dirinya) jauh dari dunia glamor. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.
“Jangan pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content,” ujarnya.
Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih
Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang kini berusia tujuh bulan.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
EllyElly belum tunjuk wajah anak keduanya, Haider Mateen.
Dalam pada itu, Elly meminta usahawan yang juga anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu masuk campur dalam urusan ibu bapa lain menjaga anak mereka.
“Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Sebelum ini, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegur segelintir artis yang gemar menutup wajah anak dengan sticker di media sosial.
Menurutnya, perkara berkaitan takut disantau atau dikenakan ilmu sihir tidak seharusnya dibimbangkan jika individu tersebut tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.
Kak KM rimas stail artis tak dedah muka anak tapi tunjuk tangan, kaki
Usahawan yang juga anak kepada dramatis handalan, Normah Damanhuri iaitu Kak KM mempersoalkan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun tidak mendedahkan wajah anak mereka.
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, adalah tidak wajar seseorang itu tidak berkongsi wajah zuriat mereka memandangkan anak merupakan anugerah Allah dan mereka sepatutnya berasa gembira dan bersyukur.
“Rimas dan tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak tunjukkan wajah sebenar. Ada pula sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi sahaja.
“Kalau masa hamil boleh kongsi perkembangan diri mengapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberiannya,” katanya.
Terdahulu, Kak KM meluahkan rasa rimas dalam satu hantaran status portal hiburan apabila terdapat segelintir selebriti tanah air menutup wajah anak mereka namun berkongsi berita sudah bersalin kepada umum.
“Rimas betul tutup-tutup muka anak. Saya dah lihat ramai orang tak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan begitu jika kita tak buat salah?
“Apa yang penting adalah niat kita untuk kongsi berita gembira. Jangan nak fikir benda yang buruk sahaja,” katanya.
Sebagai info, Kak KM dan suami, Razman Ramli dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nabila, Fariz, Rania dan Cinta Carissa.
KREDIT: KOSMO via
Post a Comment