Kuala Lumpur – Sebelum ini, tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukan seorang kanak-kanak perempuan dipakaikan baju raya lebih awal dan bergambar bersama adik-beradik yang lain dalam keadaan dirinya yang kurang sihat.
Menerusi perkongsian dari Facebook bapanya, Rashidee Abd Rashid, adik Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee telah menghidap k.anser otakkronik dan keadaannya begitu lemah.
ARTIKEL MENARIK:Upload’ hubvngan svlit suami di medi4 sosial, isteri dipukvl hingga meningg4l duni4
Jadi, mereka sekeluarga menunaikan hasrat anak tersayang yang ingin memakai baju raya dan bergambar bersama adik beradiknya.
Dalam kapsyen yang ditinggalkan Rashidee, dia menyatakan andai hari tersebut merupakan hari terakhir anaknya di dunia, sekurangnya mereka tidak berasa ralat kerana sudah memakaikan pakaian raya kepadanya.
Reda bapa ini dengan u.jian yang menimpa anaknya, dalam masa yang sama dia turut mengumpul kekuatan berdepan ujian hebat di bulan Ramadan ini.
Mohon doa dari kenalan agar urusan Kakak dipermudahkan. Doakan kami juga sebagai ibu bapanya kuat dan t.abah dengan d.ugaan yang kami harungi.
Keadaan kakak agak lemah hari ini, kakak hanya boleh mengangguk atau menggeleng sahaja tanpa suara. Kakak tidak boleh minum dengan sempurna seperti air ters.angkut di kerongkong.
Alhamdulillah, kami dikurniakan kejiranan yang sering membantu kami dan bersedia jika berlaku sesuatu musibah dan ujian.
Sebulan yang lalu Raudhah pernah meminta baju raya berwarna putih daripada ayahnya.
Kelmarin kakak dah mula lemah untuk berjalan tetapi Masih boleh gerakkan kakinya. Tetapi pada 20.03.22, kakinya langsung tidak boleh digerakkan. Berat b.adan pulak semakin s.usut, sebab dah beberapa hari kurang makan.
Beratnya lebih kurang 14.8kg berumur 8 Tahun. Doktor mengatakan mungkin sel k.anser sudah meny.erang saraftunjang.
Jika betul ianya adalah k.anser lepas ni dah tiada r.awatan lagi. Doktor akan melihat setelah melihat MRI beberapa hari lagi.
Saja tanya dia haritu, kakak Raya ni nak pakai baju warna apa? Putih jawabnya. Meremang satu badan aku dengar. Warna lain tak nak ke? tanya ku.
Terima kepada semua yang f.ollow kisah kakak sejak setahun yang lepas. Tak sangka juga kisah kakak agak mel.etup beberapa hari yang lalu.
Ramai yang pm kami di mes.sanger yang belum kami buka. Mohon maaf sekali lagi. Alhamdulillah kami ibubapanya diberi peluang bersama kakak pada kelahiran dan kem.atiannya.
Berada disisinya ketika kakak sedang n.azak. Melihat ny.awanya diambil secara perlahan-lahan. Kakak Meni.nggal Dunia jam 12 tengahari dan dikebumikan jam 5 petang 1 Syawal.
Kita sering berdoa agar kita dan keluarga dimasukkan ke syurga, tapi kita tidak tahu bagaimana sebab Allah memasukkan Kita ke syurga. Allah memasukkan kakak ke syurga dengan cara begini menerima peny.akit dan meni.nggal Dunia sebelum umurnya b.aligh.
Oleh itu, berdoalah agar kita pergi dalam khusnulKhatimah. Alhamdulillah dan Insyaallah kami redha dengan ujian ini dan bersyukur dengan ujian ini. Jika Allah memberi kami ujian Harta dan Kemahsyuran kami tidak pasti adakah kami dekat atau semakin jauh dengan Allah.
Allah telah memilih kakak ke keluarga kami. Anak pertama yang mengajar kami tanggungjawab ibubapa. Alhamdulillah diberi peluang untuk mengazankan kakak ketika kel.ahiran dan mengimamkan Solat Jenazah ketika kem.atian. Kini, masih ada 2 orang lagi puteri yang diamanahkan Allah untuk kami jaga.
Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api n.eraka.
Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kes.usahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya untuk mereka.
Seorang lelaki bertanya, juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?. Sabda Baginda. Juga untuk dua anak perempuan. Seorang lelaki berkata, Atau untuk seorang wahai Rasulullah? Rasulullah S.A.W menjawab. Juga untuk seorang.
Terima kasih kepada semua. Saat perasaan dan hati kami hampir jatuh, kalian menahan kami dari rebah dan menolak kami semula ke atas.
Terima kasih atas sumbangan, doa, tenaga dan pelbagai lagi b.antuan yang kalian hulurkan. Kami tidak dapat membalasnya semua, cuma kami doakan agar urusan kalian dipermudahkan Allah Di Dunia dan Akhirat.
Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya.
Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fi.tnah selepas kema.tiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kem.atiannya.
Kredit : FBRashidee/Astro via
Post a Comment