(VIDEO) Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.

(VIDEO) Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.

ISU hubungan ‘dingin’ antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya, Zaki Yamani kini menjadi semakin panas apabila wujud percanggahan kenyataan antara mereka.

(VIDEO) Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.



Terbaharu, Zaki, 16, menegaskan tidak ada mana-mana pihak termasuk ibunya bertindak menghalang mereka untuk bertemu.

ARTIKEL MENARIK:Mummy Mas Idayu happy, bakal nikah dengan penerbit eksekutif TV3 september ini




Pengakuan Zaki itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Jamal kepada mStar bahawa bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad menjadi penghalang ikatan kasih antara dia dan anaknya.

“Baba yang tak nak jumpa Zaki, apa pula nak salahkan mummy Zaki.

“Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.

“Tiada siapa yang tak bagi, ayah sendiri yang tak nak jumpa anak” tulis Zaki di ruangan komen Instagram mStar Online.


Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.
ZAKI YAMANI
PENYANYI/ ANAK JAMAL ABDILLAH

Terdahulu Jamal dalam satu kenyataan kepada mStar mendakwa dia terpaksa bertemu Zaki secara curi-curi di sekolah bagi memberi wang bulanan.

Kenyataan penyanyi berusia 63 tahun itu bagi mengulas mengenai pendedahan Zaki yang meluahkan rasa rindu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya.


Sementara itu, Zaki meminta penyanyi itu berhenti memburukkan wanita yang selama ini sentiasa berada di sisinya.


Loading...


“Kepada baba, Zaki harap berhenti burukkan mummy sebab selama ini kalau Zaki sakit dia yang ada jaga.

“Baba boleh je nak jumpa Zaki, baba janji nak jumpa tapi tak datang. Zaki whatapps baba tak balas, call pun tak jawab,” ujarnya.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Zaki Yamani (@zakiyamani._)

Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad.

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.

Sumber : mstar via Bulletin 50 Times.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.






-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post