Apabila pergi ke bazar Ramadan, harga yang berpatutan dengan makanan yang diingini pastinya akan menjadi keutaman para pelanggan. Mana tidaknya, sedikit sebanyak poket mereka rasa terjamin.
Walau bagaimanapun, kadang kala sikap peniaga yang mengubah atau tidak memaparkan harga sebenar kepada pelanggan sememangnya agak mengcewakan.
ARTIKEL MENARIK:“Fikir Logik Ikut Fakta, Bukan Ikut Trend..” – TMJ ‘S0und’ Harith lskander? Memang Pedas Komen TMJ..
“Beratur panjang auto naik harga live.”
Hal yang sama dilalui seoraily pengguna TlkTok dikenali sebagai Wansafiqboh ini apabila memaparkan seorang peniaga yang bertindak menukar harga di depan matanya.
Difahamkan, ketika itu dia bersama rakannya turut beratur bagi membeli makanan yang dijual dan secara tidak sengaja terakam inslden tersebut.
“Kena scamm mat, tadi beratur RM7, nak sampai jadi RM8,” Iuah pemuda tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pemuda tersebut teruskan membeli atau sebaliknya.
sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata harga barangan terkawal itu sudah diambil kira margin keuntungannya.
Tiada keperluan peniaga termasuk peniaga di bazar ramadan untuk menaikkan harga makanan yang dijual kerana kebanyakan harga barang mentah sudah dikawal oleh kerajaan.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa peniaga bazar Ramadan di beberapa negeri menaikkan harga juadah mereka sehingga 30 peratus.
Peniaga memberi alasan kenaikan itu terpaksa dilakukan kerana berlakunya kenaikan harga barang mentah, sewa tapak dan kos memasak.
KPDNHEP tingkat pemantauan harga di bazar Ramadan
KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meningkatkan aktiviti pemantauan harga barangan dan makanan di bazar Ramadan di seluruh negara sepanjang bulan puasa ini.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini berkata aktiviti pemantauan tersebut akan dibuat secara masa nyata melibatkan 72 pusat arahan penguatkuasaan (ECC) yang menerima maklumat secara langsung supaya dapat mengenal pasti masalah dalam masa singkat.
“Kira-kira 2,000 anggota penguatkuasaan beruniform dan 1,000 pegawai pemantau harga (PPH) ditempatkan di semua bazar Ramadan dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Keluarga Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PJKM WPKL) Ramadan 2022 di sini.
Dalam pada itu, Nanta berkata bekalan barangan serta makanan dijamin stabil sepanjang bulan Ramadan sekali gus tidak akan mengakibatkan situasi kenaikan harga barang dan tiada tekanan yang menyebabkan harga barang naik.
Sementara itu, Nanta berkata PJKM WPKL Ramadan 2022 akan bermula Ahad ini hingga 2 Mei depan, dengan kolaborasi bersama 15 pemain industri dari sekitar Kuala Lumpur yang juga Rakan Strategik Sektor Peruncitan PJKM WPKL Ramadan 2022.
“Sepanjang Ramadan ini, 12 barangan terpilih dari Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) akan difokuskan, antaranya ayam hidup, telur ayam pelbagai gred serta sayuran,” katanya.
Antara 15 rakan strategik PJKM WPKL Ramadan 2022 termasuk AEON Mall Metro Prima, Lotus Kepong, Econsave Scott Garden dan NSK Trade City (KL) Sdn Bhd.
Barangan keperluan harian seperti ayam, makanan laut, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung dan beras ditawarkan dengan harga hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat.
Sumber: Bharian dan redaksivia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment