Pelakon veteran, Mak Wan mengakui berada dalam fasa gembira buat masa ini, sungguhpun pelbagai cakap-cakap nakal dalam kalangan netizen bertebaran apabila dia bercerai hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
“Saya sekarang happy, macam lapan tahun dahulu. I’m back to normal. Sekarang ni saya sedang menunggu tawaran kerja.
ARTIKEL MENARIK:“Orang yang mahu mengambil kesempatan..” Baru sebulan kerja, PA baru dah b0cor rahsla
“Rutin bekerja pun sama seperti sebelum-sebelum ini, tetapi lebih fokus pada seni, dunia dan akhirat,” katanya kepada Gempak.
Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka hatinya kepada orang lain setakat ini.
“Tak kut… janji tidak, tapi Allah punya kuasa… Buat masa ini, taklah kut. Takut pisang berbuah empat kali.
“Tapi saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, diberikan tenaga untuk bekerja sendiri. Daripada saya mengharapkan orang, baik saya hidup atas kaki sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mak Wan turut memberi komen mengenai ulasan-ulasan yang dibuat oleh netizen mengenai dirinya di alam maya.
“Buat masa ni, dalam bulan puasa tak nak jawab apa-apa. Tak nak aibkan siapa-siapa. Nabi Muhammad yang baik pun orang fitnah, apatah kita manusia biasa. Saya diam, biar Allah yang tentukan segalanya. Saya reda, sebab bulan puasa kita nak cari pahala,” tuturnya.
Terdahulu, perkahwinan antara Mak Wan dan bekas suami, Husain Dolah sampai ke penghujung apabila Husain melafazkan cerai terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.
Untuk rekod, Lafaz cerai dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin BiUndin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.
Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plaintif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.
Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.
Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.
“Kes perceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama.
“Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.
“Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Mak Wan yang dihubungi mStar pada awalnya mematikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung isu itu.
Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.
Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Ia merupakah perkahwinan ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup bersendirian.
Ikuti laporan penuh mStar yang turut hadir membuat liputan kes berkenaan.
Sumber: gempak dan mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment