Selepas Che Puan Khaleeda ikrar dapatkan keadilan buat Bella, giliran TMJ pula bersuara

Selepas Che Puan Khaleeda ikrar dapatkan keadilan buat Bella, giliran TMJ pula bersuara

Kes pendera4n membabitkan remaja Sindrown Down yang dikenali sebagai Bella mendapat perhatian Che Puan Khaleeda Bustamam, isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Selepas Che Puan Khaleeda ikrar dapatkan keadilan buat Bella, giliran TMJ pula bersuara



Che Puan Khaleeda menerusi hantaran di InstaStory, menzahirkan rasa simpati terhadap nasib Bella dan berikrar akan membantu remaja orang kurang upaya (OKU) itu mendapatkan keadilan sewajarnya.

ARTIKEL MENARIK:Bangga Dpt Bela Si Pendera?” Netizen Sepakat ‘B4ntai’ Senarai Peguam Bela Siti Bainun.


“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella.

“Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” katanya.


Kes der4 terhadap Bella mendapat perhatian dan perdebatan di media sosial apabila ramai netizen berpendapat nasib malang menimpa remaja OKU itu seolah-olah tidak diperjuangkan.

Malah netizen juga mempersoalkan 10 peguam yang diupah mewakili Siti Bainun Ahd Razali dalam melawan seorang remaja OKU.

Dalam pada itu, TMJ juga menyatakan solidariti dalam kes melibatkan Bella


Berikut 5 Fakta Mengenai Siti Bainun, Tertuduh Dalam Kes #JusticeForBella

Hikmah di sebalik disahkan p00sitif C00VID-19, ada insan yang berjaya membongkarkan segala-galanya termasuklah mengenai sikap sebenar Bainun, pengasas rumah kebajikan tersebut yang dikenali sebagai Rumah Bonda. Sejak tular kempen #JusticeForBella di media sosial sebagai tanda solidariti terhadap remaja istimewa ini, pelbagai kisah dan fakta disebalik identiti empunya nama sebenar Siti Bainun Ahd Razali.

Bukan Lagi Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang

Rata-rata netizen mendakwa bahawa Bainun merupakan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang yang dilantik sejak tahun 2016 yang kemudiannya menawarkan diri sebagai calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang dan calon Parlimen Belia Malaysia pada tahun 2018. Menerusi carian terkini Murai.my, Bainun tidak menggalas jawatan berkenaan bagi sesi ini(2021).

Penerima Anugerah Tokoh Muda Puteri UMNO Malaysia


Untuk rekod, Bainun merupakan tokoh Puteri UMNO yang menerima Anugerah Khas Pergerakan Puteri UMNO dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2016.


Loading...


Najib Nafi Kenal Rapat Dengan Bainun
Susulan daripada pendedahan netizen mengenai Bainun merupakan penerima anugerah khas dari Najib pada 2016, bekas Perdana Menteri itu menerusi sebuah hantaran di media sosial menafikan bahawa beliau mengenali secara peribadi pengasas Rumah Bonda.

Rumah Bonda Pernah Mempunyai Kes Kemam4tian

Mungkin ada yang masih ingat akan kisah adik Adam, bayi istimewa yang telah meninggal dunia di Rumah Bonda pada 3 Mei 2020. Susulan daripada tularnya kes adik Bella, netizen menuntut agar kertas siasatan adik Adam dibuka semula kerana disyaki mempunyai kes yang mencurigakan.

Seperti perkongsian Fdaus Ahmad yang tular di laman Facebook, ramai yang terkejut melihat keadaan fizikal adik Adam ketika di awal kelahirannya sehinggalah meninggal dunia.

Dalam hantaran Mohd Fadli Salleh pula, difahamkan Bainun tidak membenarkan post-mortem terhadap Allahyarham dibuat.


Mas Ermieyati Ketepikan Persahabatan, Tuntut Keadilan


Seperti yang dipetik oleh Najib Razak, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin menerusi hantaran di laman Facebook nya akui mengenali Bainun. Malah sebelum tularnya kes tersebut, Bainun ada menghubunginya dan memohon bantuan untuk kes anak di dalam jagaan Rumah Bonda.

Ketepikan soal persahabatan, Mas sebaliknya menyerahkan isu ini pada pihak berkuasa dan sekiranya didapati bersalah dia memohon agar pesalah tersebut dikenakan hukuman sewajarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Kredit - 
Bulletin 50 Times


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post