BIMBANG kejadian sama berulang, seorang wanita iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri terpaksa membuat laporan polis terhadap bekas suaminya iaitu Radhi OAG sebagai langkah berjaga-jaga dan faktor keselamatan.
Berkongsi mengenai insid3n yang berlaku pada Selasa lalu itu, Ayu mendakwa bekas suaminya bertindak kasar terhadapnya selepas permintaan untuk bergambar secara selfie ditolak.
ARTIKEL MENARIK:Ustaz tunjuk kedai makan waktu siang bulan puasa dimekah, Reaksi bell buat ramai berdekah
Dakwa wanita tersebut, Radhi secara tiba-tiba bertindak menolak badannya selepas permintaan duduk di sebelah untuk bergambar bersama tidak dilayan.
“Ya, memang betul saya buat laporan polis. Saya buat pun demi keselamatan saya, t4kut benda sama berulang lagi. Saya pun tak boleh nak kongsi lebih sebab kes masih dalam siasatan polis.
“Seperti dalam laporan, dia bertindak begitu selepas saya tak nak ambil gambar swafoto bersama. Dia tolak badan saya,” kata wanita berusia 27 tahun itu ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Suspek ditahan di kediamannya di Kota Damansara.
Ayu buat laporan polis terhadap Radhi kerana bimbang dengan keselamatannya.
Menerusi laporan media pada Rabu, seorang penyanyi berusia 45 tahun ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara selepas dipercayai memvkul bekas isteri.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah kira-kira 2.29 petang.
Tambah Mohamad Fakhrudin, kejadian itu berlaku selepas terdapat perselisihan faham gara-gara mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.
Katanya, pihak polis telah menahan lelaki berkenaan di kediamannya dan hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.
Dalam pada itu, Ayu Shahira turut berharap Radhi tidak akan mengulangi perbuatan tersebut demi kebaikan anak-anak mereka yang kini sudah bersekolah.
Kesian mereka kalau tahu bapanya berkelakuan seperti itu.
“Saya berharap sangat dia tidak mengulangi perbuatan itu. Kalau tak nak fikir diri sendiri, fikirlah anak-anak. Mereka dah besar dan faham apa yang terjadi.
“Kesian mereka kalau tahu bapanya berkelakuan seperti itu. Anak-anak pun dah bersekolah, bimbang nanti mereka malu dengan kawan-kawan,” katanya.
Sementara itu menerusi laporan The Star pada Khamis, suspek dijangka akan berdepan tuduhan memukul bekas isteri di mahkamah pada Jumaat, 22 April.
Menurut Mohammad Fakhrudin, penyanyi tersebut sudah direman selama dua hari sejak Rabu.
Untuk rekod, Ayu dan Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah dan Muhammad yang kini masing-masing berusia tujuh dan enam tahun.
Pada 16 Julai 2019, mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari, memutuskan pasangan itu sah bercerai talak satu selepas Radhi melafazkan talak di rumah mereka kira-kira jam 4.20 pagi pada 25 Mac 2019.
Sebelum perkahwinan bersama Nur Shaira Ayu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga bersama Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim yang kini berusia 17 tahun.
Beriktu sedikit info mengenai Radhi OAG
Radhi OAG atau nama sebenar Mohd. Radhi bin Razali merupakan penyanyi utama kumpulan rock alternatif OAG sejak kugiran tersebut diasaskan.
Radhi berasal dari Kuching, Sarawak. Selain membuat rakaman dan persembahan bersama kumpulan muzik beliau, Radhi pernah muncul dalam rancangan realiti Sehati Berdansa dan Radhi Study Go!.
Beliau juga merupakan seorang pelakon yang telah membintangi telefilem Ora Ora Yeah di TV2 dan menjadi pelakon utama dalam filem Antoofighter.
Radhi berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005], lalu dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Mohd. Rifdhi Muslim pada akhir tahun yang sama. Mereka berdua pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa pada tahun 2007.
Bagaimanapun, pernikahan Radhi dan Shazlin diwar-warkan agak goyah. Pada tahun 2008, tanda-tandanya timbul apabila Shazlin Sharif memfailkan tuntutan cerai terhadapnya sebanyak tiga kali di Mahkamah
Rendah Syariah Petaling Jaya. Pada 4 Disember, perselisihan mereka reda seketika apabila Rifdhi yang ketika itu berusia 3 tahun nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang di banglo neneknya di Petaling Jaya lalu dikejarkan di hospital
Keret4kan hubungan Radhi dan isterinya memuncak pada tahun 2009, apabila diketahui puncanya berbunyi ura-ura bahawa Shazlin menjalin hubungan dengan seorang lelaki lain.
Radhi pernah dikenakan waran t4ngkap beberapa kali kerana gagal hadir di mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerainya.[6] Oleh itu, Radhi dan Shazlin masih diisytiharkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh mahkamah, sehingga mereka mengumumkan cerai talak satu pada 8 Jun 2010.
kredit: mstar via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment