Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta.” – TMJ

Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta.” – TMJ

Susulan tular kes penderaan kanak-kanak kelainan upaya (OKU), Bella sehingga mendapat perhatian ramai pihak, termasuklah keluarga kerabat Diraja Johor.

Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta.” – TMJ



Ini dapat dilihat sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial berkenaan titah rasmi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenaan kes penderaan remaja sindrom down, adik Bella yang dipercayai dilakukan pengasas Rumah Bonda.

ARTIKEL MENARIK:Tlndakan Rina Harun Bawa Ramai Wartawan Jumpa Adik Bella Teruk Dikec4m Netizen


Bukan itu sahaja, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun  memaklumkan beliau akan menghadap baginda pada hari ini bagi membincangkan perkembangan kes tersebut.

Tunku Ismail cadang pindaan Akta Kanak-Kanak 2001

Hasil daripada pertemuan dan perbincangan yang berlangsung pada petang tadi, Tunku Ismail mencadangkan undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 segera dipinda.

Ini adalah bagi memastikan kes penderaan mangsa sindrom down seperti Bella tidak akan berulang kembali pada masa akan datang.

“Penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan dengan segera, di mana ia haruslah merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan.


Titah baginda, tindakan ini adalah untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.

Difahamkan, cadangan tersebut hasil daripada buah fikiran baginda selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Wakil Pertubuhan Antarabangsa UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex di Royal Johor Club.

JKM perlu audit semua pusat jagaan kanak-kanak

Selain itu, Tunku Ismail menyarankan dua cadangan yang bersesuai bagi meningkatkan tahap kawalan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang mendiami rumah lindungan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan,” titahnya.


TMJ arah tutup pusat kebajikan ‘haram’

Di samping itu, baginda mengarahkan kepada pihak berkuasa untuk segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar atau beroperasi secara haram di Johor dengan serta-merta tanpa berkrompomi dengan mana-mana pihak.

“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram,” katanya.



Loading...


TMJ cadang kerajaan buat kajian mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak

Seterusnya, Tunku Ismail turut mencadangkan kepada pihak kerajaan agar segera membuat kajian mengenai syarat bagi menjalankan operasi pusat jagaan kanak-kanak.

Dan, berhasrat ia diaplikasikan pada pusat jagaan kanak-kanak di Negeri Johor.


“Kajian ini harus bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain. Hasil kajian tersebut didedahkan kepada umum dan saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya penghuni di rumah perlindungan tersebut yang hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.

Sumber:OMM viaBulletin 50 Times





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post