Menerusi soalan yang diterima bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus apakah hukum puasa jika seseorang itu tidak mandi wajib sebelum masuk waktu Imsak. Ujar ustaz, puasa tersebut dikira sah bagi perempuan jika darah haidnya berhenti sebelum waktu Subuh.
Perempuan yang berhenti haid sebelum masuk waktu Subuh pukul 6 pagi, haidnya berhenti 5.59 dan tak sempat nak mandi masuk waktu Subuh dulu. Sah puasa dia.
ARTIKEL MENARIK:Tips: Wanita ini Kongsikan untuk merasai rezeki Mudah Datang
Syarat sah puasa tidak mesti mandi wajib dahulu, tapi mesti kering darah dahulu dari masuk waktu Subuh. Tapi, jika ia hadas Janabah keluar mani atau hadas Jimak maka tidak ada masalah. Malamnya bersama suami isteri, pasangan tersebut perlu mandi sebelum menunaikan waktu solat Subuh.
Hadas Junub tidak ‘merosakkan’ puasa yang merosakkan puasa adalah haid dan nifas. Walaupun terkeluar air mani ketika di siang hari, puasa tersebut dikira masih sah dan seseorang itu perlu mandi bagi menunaikan solat Zohor mahupun Asar.
Video penuh
Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara:
1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kem4luan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, q.ubul dan dub.ur.
3) Sengaja munt4h.
4) Persetubuh4n. Sekalipun tidak mengeluarkan air m4ni.
5) Merancap. Yakni mengeluarkan air m4ni.
6) Datang darah haid atau nifas.
7) Gil4 dan murt4d.
Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal. Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).
Perlu disebutkan juga, dalam kes pemakaian inhaler bagi pesakit asthma, kami tarjihkan pendapat tidak membatalkan puasa atas sebab darurat dan lain-lain. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #15: Hukum Menggunakan ‘Inhaler’ di laman web kami.
Wallahua’lam.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus (UAI), https://muftiwp.gov.my/ via
Post a Comment