Pernah Viral Terima Selipar & Segelas Air Sebagai Mas Kahwin, Pasangan Ini Akhirnya Bercer4i

Pernah Viral Terima Selipar & Segelas Air Sebagai Mas Kahwin, Pasangan Ini Akhirnya Bercer4i

Hanya menerima selipar dan segelas air sebagai mas kahwin, satu pasangan di Indonesia pernah tular pada tahun 2020 sebelum berlakunya peristiwa yang tidak ‘diingini’.

Pernah Viral Terima Selipar & Segelas Air Sebagai Mas Kahwin, Pasangan Ini Akhirnya Bercer4i



Pasangan yang dikenali sebagai Yudi Anggata, 24, dan Helmi Susanti, 20, sah bergelar suami isteri pada 3 Julai 2020.

ARTIKEL MENARIK:Tiba2 Ada Tangan Masuk Bawah Langsir Jemaah Wanita Netizan Bagi Cadangan “Pijak Jer Terus”


Saling tuduh-menuduh

Selepas setahun berkahwin, pasangan ini dikatakan sering ‘bertengkar’ dan si suami mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan empat lelaki yang lain. Dakwa lelaki ini lagi, dia merupakan mangsa kelima dan akan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Yudi menceritakan dia sama sekali tidak akan berbaik semula dengan Susanti walaupun dipujuk.

Dia dah 5 kali kahwin. Kali kelima dengan saya.

Kalau dia nak balik pun, saya takkan nak balik. Video ini jadi bukti, saya takkan balik dekat dia. Sebab dah penat nak layan perangai budak-budak dia.

Bagaimanapun, Susanti menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa suaminya yang mula curang terlebih dahulu. Mengulas lebih lanjut, wanita ini pada mulanya meminta supaya lelaki berkenaan datang ke rumahnya bagi berbincang secara baik.

Saya nak dia datang ke rumah saya dan betulkan. Jangan cerita dekat media sosial macam ini.

Dah cer4i rupanya

Menerusi laporan pasangan ini dikatakan sudah lama bercerai dan perkahwinan mereka tidak bertahan walaupun setahun. Difahamkan kedua-dua mereka juga telah berkahwin semula dengan calon pilihan hati masing-masing.

Pada 2020, kisah Yudi dan Helmi menjadi tular di media sosial Indonesia kerana lelaki itu menyerahkan sepasang selipar selain segelas air kosong kepada Helmi sebagai mas kahwin.

Kerana Cinta, Model Ini Hanya Minta Selipar Jepun & Segelas Air Untuk Mas Kahwin


Loading...


TERDAHULU Biarpun berstatus model, seorang wanita hanya hanya meminta selipar Jepun dan segelas air saja sebagai mas kahwinnya.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan Portal Kompas, Indonesia.

Menerusi laporan berkenaan, wanita dikenali sebagai Helmi berusia 20 tahun berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan suaminya, Yudi Anggata, 24.

Menurut Helmi, selipar Jepun dan segelas air itu adalah permintaannya sendiri.

“Saya memilih selipar Jepun dan segelas air sebagai mas kahwin kerana tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.

“Tiada alasan lain dan saya minta selipar jepun itu diletakkan di dalam bekas.

“Pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan kepada anak kami nanti,” katanya yang pernah muncul sebagai model dalam video klip lagu tradisional.

Difahamkan, kisah pasangan itu mendapat perhatian ramai selepas video perkahwinan mereka tular di laman sosial.

Menerusi video berkenaan, kedua-dua pasangan itu kelihatan segak dan cantik mengenakan persalinan berwarna putih.

Dari video juga terdengar Yudi berkali-kali mengucapkan ijab kabul yang mengundang tawa saksi dan keluarga yang hadir tertawa. “Aku terima kawin Hemi maskawin sandal jepit dan air segelas,” ujar Yudi

Sumber: Tribun News viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post