Kes saman sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Sweet Drems, Ben Amir selesai hari ini selepas pihak-pihak terlibat bersetuju menyelesaikannya secara baik.
Antara terma penyelesaian tersebut ialah, Ben Amir atau nama Muhammad Amir Sabaruddin, 32, bersetuju membayar RM100,000 kepada syarikat Elisa Vision Sdn. Bhd.
ARTIKEL MENARIK:Masih Ingat Noor Farhan Bekas Suami Abby Abadi? Tak Sangka Ini Kehidupan Mereka Lepas Berpisah
Perintah persetujuan penyelesaian tersebut direkodkan Hakim Tasnim Abu Bakar pada prosiding yang sepatutnya hari pertama perbicaraan kes saman tersebut.
Elisa Vision selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap Ben Amir yang dinamakan sebagai defendan selepas pelakon lelaki tersebut melanggar perjanjian apabila defendan enggan meneruskan penggambaran drama bertajuk ‘Demi’.
Menurut perjanjian penyelesaian tersebut, finalis Hero Remaja 2011/2012 itu akan membayar RM100,000 secara ansuran selama lima kali bayaran bermula 10 Mei ini.
“Jika defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, defendan perlu menbayar jumlah asal yang dituntut oleh plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477. Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yang dikemukakan terhadap plaintif,” kata hakim itu.
Selepas tamat prosiding, Ben Amir ketika ditemui di luar mahkamah enggan memberikan sebarang komen lanjut dan hanya menyatakan ‘selesai secara baik’.
Sementara itu, penerbit Elisa Vision, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain ketika ditemui pula mengucapkan rasa syukur kerana kes tersebut diselesaikan secara baik.
“Alhamdulillah, saya bersyukur isu ini dapat diselesaikan secara baik. Saya pun sudah memaafkan dia di atas apa yang berlaku. Bagi saya, ini berkat Ramadan. Dia pun orang yang baik dan saya tiada masalah dengannya kerana semua sudah selesai,” katanya.
Menurut penyataan tuntutan, Ben Amir ditawarkan untuk watak Dr. Faizul dalam drama bertajuk ‘Demi’ dan menandatangani kontrak pada 31 Januari 2020.
Ben Amir dijadual terlibat dengan penggambaran sebanyak 13 hari yang melibatkan beberapa lokasi di tanah air dan Scotland membabitkan 85 babak bagi tiga episod drama.
Ketika penggambaran di Scotland, pandemik Covid-19 mula melanda tetapi penggambaran diteruskan dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi Prosedur Operasi Standrad (SOP).
Bagaimanapun, pada 27 Mac 2020, Ben Amir telah pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan daripada plaintif secara sendiri dan meninggalkan semua kru produksi serta pelakon-pelakon lain.
Plaintif mendakwa defendan tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri yang jelas melanggar perjanjian apabila defendan telah meninggalkan atau melanggar jadual produktiviti.
Atas dasar timbang rasa dan mengambil kira ramai pihak yang terjejas, Elisa Vision menawarkan defendan untuk meneruskan drama itu di Malaysia setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Plaintif berhasrat menyambung penggambaran drama itu di Malaysia 4 Januari 2021 hingga 14 Februari 2021. Bagaimanapun defendan melalui satu surat bertarikh 14 Oktober 2020 menerusi pihak pengurusannya SJ Global telah menyatakan keengganan untuk menjadual tarikh baharu pengambaran.
Berikutan itu, plaintif melalui peguam telah mengingatkan defendan namun demikian, defendan masih gagal menjadual semula pengambaran drama tersebut.
Akibat daripada kegagalan defendan berbuat demikian, plaintif telah mengalami kerugian. Justeru plaintif menuntut ganti rugi RM211,477 dan faedah 5 peratus setahun.
Sumber: UTUSAN via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment