SEJAK kebelakangan ini, medium media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan yang terkini TikTok sudah menjadi pilihan golongan profesional seperti pakar perubatan, jurutera, guru dan lain-lain.
Pada perspektif mereka, platform interaktif tersebut boleh membuatkan segala intipati mesej yang ingin disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh segenap masyarakat tidak mengira usia.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Tangan menggig1l selak kain kaf4n ibu, wanita ini berlari ke kubvr takut tak sempat tatap wajah arw4h…
Lihat sahaja pendekatan personaliti yang pernah menghiasai muka depan SinarPlus, Siti Hawa Mohd Nor atau Siti Awe. Beliau yang merupakan seorang pegawai farmasi telah menggunakan instrumen media sosial untuk berkongsi ilmunya dalam bidang perubatan.
Kekreatifan menyorot setiap informasi dengan gaya lelucon dan loghat bahasa utara yang digunakannya pantas menarik perhatian umum.
Nampaknya, pendekatan sama turut diimplemenkan oleh seorang pengamal undang-undang, Nurul Hafidzah Hassan yang berkhidmat di firma guaman Nurul Hafidzah & Associates, Advocates and Solicitors.
sedekad berpengalaman dalam bidang perundangan, Nurul Hafidzah juga sering memuat naik segala pengetahuannya dalam bidang perundangan dengan caranya tersendiri.
Pendekatan beliau itu secara tidak langsung membantu memberi pencerahan kepada orang ramai tentang langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berdepan dengan permasalahan undang-undang. Ya, benar, tiada sebarang bayaran pun dikenakan untuk khidmat nasihat yang diberikannya itu.
Sebagai contoh, insiden memanipulasi produk, Sambal Nyet hangat diperkatakan kerana telah menjejaskan prestasi influencer yang juga pengasasnya, Khairul Amin baru-baru ini.
Kejadian itu telah mendorong Nurul Hafidzah mengemukakan pandangannya. Beliau antara lain berkata, peri penting untuk seorang peniaga mendaftarkan cap dagang perniagaan mereka agar tidak menjadi mangsa penipuan individu yang mengambil untung atas angin.
personaliti
Aura dan kredibiliti wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu nampaknya bukan biasa-biasa. Jika tidak, beliau tidak akan mendapat kepercayaan mengendalikan kes-kes selebriti-selebriti terkemuka seperti Uqasha Senrose, Kamal Adli, Zarina Anjoulie dan Linda Rafar.
Disebabkan itu, warganet telah melabelkan Nurul Hafidzah sebagai peguam selebriti yang popular dan jelita.
Sebelum itu, penulis tersilap menelah kononnya beliau mempunyai pertalian darah daging dengan aktor popular, Datuk Jalaluddin Hassan. Sebaik mendengar apa yang penulis katakan, beliau hanya melepaskan ketawa kecil dan terus menafikan segala andaian itu.
Namun, satu perkara yang tidak dinafikannya, beliau dan Jalaluddin sama-sama meminati dunia sendiri. Namun, tidak seperti pelakon hebat itu, kecenderungannya hanyalah menyanyi dan menari terutama dalam tarian tradisional.
Pun demikian, katanya, beliau terlebih dahulu membulatkan hati memilih untuk meneruskan kerjaya dalam bidang undang-undang kerana pendiriannya yang berpegang teguh kepada falsafah keadilan.
“Sejak kecil saya memang bercita-cita untuk menjadi peguam dan sukakan dengan idea menegakkan (keadilan),“ katanya memberi komentar jitu tentang mengapa karier peguam menjadi pilihan kerjayanya.
SinarPlus, penggemar warna merah jambu itu memberitahu, sebagai seorang pengamal undang-undang, karakter dirinya jelas menampakkan beliau individu yang serius, namun katanya, perwatakan itu tidaklah semberono tanpa sebab.
“Apabila melibatkan soal kerja, saya pastinya perlu bersikap tegas dan teliti. Namun, di sebalik ketegasan itu, saya seorang yang santai dan sesekali gemar berjenaka.
“Saya sama sahaja seperti individu lain yang mempunyai keluarga dan sahabat. Sebagai manusia biasa, saya langsung tidak serius apabila menghabiskan masa dengan mereka di luar.
“Biarpun bekerja dalam bidang sebegini, saya perlu tahu bila waktu untuk serius dan bila waktu untuk bergelak ketawa,“ jelasnya dengan nada yang meyakinkan.
Muzik dan senaman
Sudah semestinya berpeluang mewawancara seorang peguam, penulis akan bertanyakan tentang rintangan dan liku memegang portfolio serba mencabar itu.
Ujarnya bersahaja, setiap pekerjaan yang dilakukan pasti mempunyai aral dan halangan-halangan tertentu. Bohong jika kata, goyang kaki sahaja duit, boleh tumbuh merimbun di pokok. Sudah pasti, usaha yang keras sangat didambakan demi menuai hasilnya.
Kongsi Nurul Hafidzah, ketika mengendalikan sesebuah kes, beliau mudah menebak dan sudah masak dengan perangai atau karenah anak guam yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap kesukarannya.
Selain itu, hakim juga beritahunya, mempunyai cara pengadilan tersendiri dan begitu juga pihak lawan.
“Kadangkala perkara boleh menjadi terlalu rumit dan perlukan usaha yang lebih keras tanpa mengira masa. Memang agak memenatkan, tetapi apabila segala pengorbanan yang ditumpahkan membuahkan hasil, detik itu menjadi sesuatu yang amat menggembirakan dan berbaloi,“ katanya.
Mendengarkan soroton cerita kegigihannya yang ada kalanya tidak mengenal waktu siang dan malam bagi memastikan kemenangan, penulis ingin tahu bagaimana kaedahnya melampiaskan tekanan setelah seharian beliau bekerja.
Beritahu wanita itu tanpa berselindung, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, keluar bersama teman-teman, berlibur, menonton wayang atau lepak di kedai makan menjadi rutinnya bagi menangani stres.
Namun, itu semua tidak boleh dilakukan kerana bertentangan dengan norma baharu kini.
Oleh itu, Nurul Hafidzah berkata, segalanya harus bermula dari dalam diri. Apa yang dilakukan adalah mendidik diri agar sentiasa berfikiran positif.
“Selain itu, saya turut menyediakan persekitaran ruang pejabat yang selesa dan mesra pekerja. Keadaan sebegini bukan sahaja dapat menghilangkan stres, malah menaikkan motivasi saya dan mereka,“ katanya memberi reaksi balas.
Apa yang menarik perhatian penulis, Nurul Hafidzah bukan sahaja menitikberatkan hubungan baik sesama kakitangan, malah beliau melakukan lebih daripada itu.
Di pejabatnya yang terletak di jantung ibu kota, peguam terkenal tersebut turut menempatkan sudut khusus yang dilengkapi dengan sofa bersama kemudahan lain untuk berehat serta berbaring.
Bukan sekadar itu sahaja, beliau juga memperuntukkan ruangan khas bagi membolehkan para pekerjanya melakukan aktiviti seperti zumba, senaman aerobik dan sambutan keramaian.
“Kami juga mempunyai dapur yang dilengkapi dengan kemudahan memasak. Setiap pekerja juga boleh memilih ruang masing-masing untuk mereka menghilangkan tekanan.
“Satu lagi, jangan terkejut sekiranya saya katakan kami turut memiliki sebuah mini studio untuk mempamerkan bakat nyanyian,“ katanya seraya tertawa kecil.
Beri penjelasan video menari sakan di TikTok
Sepanjang minggu lalu sehingga ke hari ini, media sosial peguam, Hafidzah Hassan dibanjiri dengan pelbagai kritikan dan kecaman oleh netizen kerana mempertahankan orang kena tuduh (OKT), Siti Bainun.
Tidak terhenti di situ, kontr0versi yang dicetuskan oleh peguam tular itu makin memuncak apabila tular beberapa kepingan gambar dan video TikTok yang dimuat naik olehnya.
Menurut Nurul Hafidzah, 39, sebagai seorang peguam dia tidak terkesan dengan kritikan dan kec4man yang ditulis oleh netizen itu.
“Sebagai seorang peguam… insyaAllah tak k0yaklah.
“Saya tak perlu pun terangkan perasaan saya sebab kita ada banyak kerja nak buat.
“Jadi intepretasi mereka memuaskan hati mereka terserah kepada mereka… I don’t have time for that,” katanya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -sinar harian via
Post a Comment