Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

Pengacara, pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu yang dia pernah melakukan solat Qada 17 rakaat setiap hari sebelum menunaikan solat Subuh.

Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat



Menurut Nabil, solat 17 rakaat itu dilakukan bagi menggantikan 17 rakaat dalam solat lima waktu yang pernah ditinggalkan dahulu.

ARTIKEL MENARIK:Lama menghilang lepas teruk kena kritik, kali ni Zul Ariffin mula muat naik sesuatu buat ramai yang terkedu


“Saya pernah memberitahu Ustaz Wadi yang saya qada solat yang pernah saya tinggalkan dahulu. Saya tunaikan sebanyak 17 rakaat kerana sehari kita wajib solat sebanyak 17 rakaat.

“Jadi, setiap hari, saya akan bangun tidur seawal 3.30 pagi untuk menunaikan solat Qada berkenaan. Begitupun, ustaz nasihatkan saya untuk tidak terus menerus begitu,

sebab takut sekarang saya bersungguh tetapi bila dah penat saya akan tinggal.


Dia juga nasihatkan saya untuk buat sikit demi sikit tetapi istiqamah. Namun, untuk beristiqamah itu merupakan satu perkara yang paling susah nak capai. Hal ini kerana,

ada individu yang pada awalnya semangat, tetapi kemudian tinggal.

“Pengakhiran begitu yang saya tidak mahu… Sebab kita tidak tahu sampai bila umur kita dan Allah akan jemput kita dalam keadaan yang bagaimana,” katanya.


Loading...


Disebabkan mahu terus istiqamah, Nabil berkata, dia selalu berdoa agar dia sentiasa mendekatkan diri dengan orang berilmu.


“Memang ketika kita menghadiri majlis ilmu atau ‘keluar’, kita yakin, tapi risau bila balik rumah saja, semuanya goyah,” katanya sambil memberitahu mahu merancang untuk

menghadiri ilmu di Bangladesh, India dan Pakistan.

Sumber: gempak viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post