PEGUAM Nurul Hafidzah Hassan menganggap pelakon Nabila Huda dan pengacara Awal Ashaari bersifat kebudak-budakan apabila melabelnya gila glamor selepas dia menjadi tular berikutan membela Siti Bainun dalam kes penderaan kanak-kanak sindrom down, Bella.
Nurul Hafidzah berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dan dua orang pelakon, jika ingin melahirkan rasa tidak puas hati, seharusnya marah kepada orang yang menyaman mereka.
ARTIKEL MENARIK:“Pvkul bekas isteri selepas engg4n bergambar,” ini tindakan Ayu Shahira buat Radhi OAG terkedv
“Saya rasa perkara tu (apa dibuat Nabila dan Awal) sangat picisan, benda tu tidak dapat membuat sesuatu perdebatan secara fakta. Sebenarnya bagi saya ia agak lucu sebab saya rasa macam kiddish begitu.
“Apa yang saya lakukan seperti hantar surat tuntutan saman semua itu ialah proses biasa untuk membawa sesebuah kes ke mahkamah.
“Mereka sepatutnya marah orang yang saman mereka, bukan marah pada peguam. Peguam hanya melaksanakan tugas,” katanya kepada mStar.
Nurul Hafidzah diminta mengulas mengenai tindakan Nabila Huda dan Awal Ashaari yang memuat naik posting di media sosial dengan menuduh dia suka mencari publisiti.
Kedua-dua artis itu turut terkait dengan kes saman yang mana Nurul Hafidzah merupakan peguam dilantik mewakili pihak plaintif bagi menyaman mereka.
Awal pernah disaman oleh sebuah syarikat hiasan dalaman kerana memfitnah berhubung kerja-kerja pengubahsuaian rumah.
Sementara Nabila Huda pula dikatakan menulis posting dengan menuduh seorang aktivis kemanusiaan menyalahgunakan barang-barang banjir.
Nurul Hafidzah kemudian menjadi medan kutukan netizen selepas dia membela Siti Bainun berhubung penderaan terhadap Bella yang turut mendapat perhatian masyarakat.
Sebenarnya bagi saya ia agak melucukan sebab saya rasa macam kiddish begitu
NURUL HADFIZAH HASSAN
PEGUAM
Selain itu, Hafidzah yang sering menerima kecaman sejak kebelakangan ini berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk terus membencinya.
Bagaimanapun, dia juga mempunyai hak dalam mempertahankan dirinya jika sesuatu tuduhan itu dilihat melampau dan keterlaluan.
“Kalau mereka buat begitu supaya orang benci saya, saya tak boleh buat apa-apa… saya jadi diri sendiri saja.
“Terpulang kepada mereka. Cumanya jika mereka bercakap begitu boleh timbulkan kesan lain, saya juga berhak pertahankan diri,” ujarnya.
Nabila Huda dituntut bayar RM900,000 serta mohon maaf, aktivis tanggung malu gara-gara dituduh rembat barang mangsa banjir
SUSULAN tindakan pelakon Nabil Huda mendakwa seorang wanita menyalah guna barang-barang mangsa banjir, aktivis kemanusiaan, Fatimah Zaharah Rahim akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap aktres itu.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan dalam satu kenyataan berkata, anak guamnya menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah sebanyak RM900,000.
“Anak guam kami tidak melakukan perbuatan seperti mana yang didakwa Nabila.
“Tindakan aktres itu membuat berita palsu telah membuatkan ramai pengguna media sosial percaya dan memberi kesan kepada Fatimah,” ujarnya kepada mStar.
Menurut Hafidzah, notis tuntutan telah dihantar ke Nabila pada Khamis lalu.
Sementara itu, Hafidzah berkata Fatimah mengalami perasaan malu, tekanan emosi dan kesedihan sejak berita itu disebarkan.
Anak guamnya akan memfailkan tuntutan di mahkamah sekiranya tiada sebarang permohonan maaf, pembayaran ganti rugi RM 900,000 atau yang setimpal.
Pada 25 Disember lalu, Nabila berkongsi hantaran di media sosial mendakwa Fatimah mengambil kesempatan terhadap bantuan mangsa banjir untuk orang ramai.
Anak guam kami tidak melakukan perbuatan seperi mana yang didakwa Nabila
HAFIDZAH HASSAN
PEGUAM
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan itu, Nabila Huda didakwa telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang bangsat, bodoh, pencuri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.
Pada tarikh yang sama, Nabila Huda juga didakwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.
Kenyataan-kenyataan yang didakwa fitnah dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuk di platform Youtube, laman-laman portal berita dan juga saluran media.
Hantaran tersebut bagaimana pun telah dipadam oleh Nabila.
Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen Nabila Huda masih belum berjaya kerana aktres itu tidak menjawab pangilan telefon dan mesej yang dihantar.
Sumber : Mstar
viaApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment