KATIL dikemas rapi seperti ada orang yang akan tidur pada waktu malam, pakaiannya juga tersusun cantik dalam almari.
Namun hakikatnya, tiada siapa yang akan tidur di atas katil itu selepas Mohamad Azhar Amir yang berusia 16 tahun meninggal dunia dalam kemalangan.
ARTIKEL MENARIK:Masih Terlalu Awal Untuk Kata Itu Ini..” – Penjelasan Pegvam Siti Bainun Undang Kec4man Netizen
Anak Shabariah Yusoff dan tujuh penunggang basikal lajak yang lain maut dalam kemalangan pada tahun 2017.
“Mohamad Azhar adalah yang paling rapat dengan saya dan paling manja antara semua anak saya.
“Sebelum Hari Raya setiap tahun, dia menemani saya ketika saya pergi membeli-belah dan menjadi pembantu saya ketika membakar kuih raya.
“Selepas kematiannya, saya berhenti membuat biskut dan tidak lagi memasak kerana apabila saya membuat masakan asam pedas kegemarannya, saya teringat kepadannya,” ujarnya yang pernah bekerja di tempat pembuangan sampah selama tiga tahun pertama.
Menurut wanita itu, dia mahu meneruskan hidup selepas pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu sudah dijatuhkan hukuman.
Malah, ibu tunggal kepada sembilan anak itu merayu agar kritikan tidak dilemparkan kepada keluarga-keluarga mangsa.
“Sejak kemalangan pada 2017, keluarga saya dan keluarga mangsa lain menerima banyak kritikan daripada orang ramai terutama netizen kerana membiarkan anak kami keluar berbasikal di tengah malam.
“Saya difahamkan pemandu wanita itu juga menerima banyak kecaman orang ramai.
“Saya harap orang ramai dapat menghormati keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Permas Jaya, Johor.
Selepas kematian Mohamad Azhar, anak-anaknya yang lain tidak membenarkannya melihat media sosial yang dipenuhi dengan komen negatif mengenai keluarga mangsa.
“Sebagai seorang ibu yang kehilangan anaknya, saya berasa sakit. Mereka yang mengkritik saya tidak tahu bagaimana rasanya berada di tempat saya,” katanya.
Pada Rabu, Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 terhadap Sam Ke Ting, 27, kerana memandu secara melulu, yang menyebabkan kematian sekumpulan remaja di Jalan Circle Dalam pada 3.20 pagi pada 18 Februari 2017.
Selain Mohamad Azhar, tujuh lagi remaja ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16.
“Dengan dorongan daripada kakak sulung saya di Kelantan dan anak-anak saya yang lain, saya perlahan-lahan mula menerima kematian anak saya dan saya bercadang untuk berhenti mengenang masa lalu,” katanya
Sumber: Mstarvia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment