Tindakan berani 4 remaja bergendang sekitar kawasan perumahan dengan niat mengejut penduduk bersahur bertukar tragedi apabila mereka telah disimbah air, malahan hampir dibelasah.
Kejadian berlaku di Indonesia, tragedi tersebut berlaku gara-gara rasa kurang senang penduduk yang bengang dengan bunyi bising dihasilkan dari gendang tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Parents relax melenggang!” – Anak suka hati lintas jalan, netizen geram tengok reaksi mak ayah ‘steady’
Lelaki keluar, marah & simbah air, katanya bising
Perkongsian @Indoviral di Instagram menunjukkan 4 remaja tersebut difahamkan sedang meronda seluruh kawasan perumahan sambil bergendang untuk mengejutkan orang ramai supaya bangun sahur.
Bagaimanapun, tindakan itu dilihat kurang disenangi orang ramai hingga seorang lelaki keluar dan menyiram air kepada mereka.
“Lebih2 sangat…”
Loading...
Menerusi ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh warganet, ada yang simpati pada nasib 4 remaja tersebut tidak kurang juga yang mengecam tindakan mereka yang disifatkan berlebihan.
Dua-dua salah..”
Saya ada anak umur 3 bulan, saya juga mesti akan siram diorang…”
Kalau ada baby kan kesian bising macamtu
Tak salah niat nak bangunkan ahur tu, cuma takut ganggu orang…”
- SUMBER:IG – indoviral
Post a Comment