IKATAN perkahwinan cuma bertahan selama tiga bulan, pelakon veteran Mak Wan Latah berkata dia reda dengan segala ketentuan yang telah berlaku.
Enggan mengulas lanjut punca perpisahan itu, Mak Wan atau nama sebenrnyaa Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, berkata dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak dan menerima takdir yang sudah tertulis ini.
ARTIKEL MENARIK:“Pada awal saya tengok dia sangat baik, macam dalam TV” Anak ded4h apa sebenarnya yang Mak Wan dah buat kat Ayah dia
“Saya tidak mahu menjawab kerana tak nak aibkan sesiapa. Saya tidak mahu aibkan keluarga di sebelah sana (bekas suami).
“Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan tentukan segalanya,” katanya.
Mak Wan berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook pada malam Khamis.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.
Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini
Ikatan perkahwinan akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Khamis, 21 April.
Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.
Mak bersama keluarga bekas suami ketika majlis persandingan pada Januari lalu.
Dalam pada itu, Mak Wan juga berharap supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan bercerita perkara tidak benar berhubung penceraiannya itu.
“Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini.
“Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya,” ujarnya.
“Pada awal saya tengok dia sangat baik, macam dalam TV” -Anak Bekas Suami Mak Wan
TIGA bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pelakon veteran Mak Wan merupakan suatu episod hitam buat diri Husain Dolah.
Terdahulu Husain, 74, mendakwa dia berada dalam tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan sehingga tidak menghormatinya sebagai suami.
“Saya dah banyak bersabar, Alhamdulillah perkara ini akhirnya selesai. Saya dah rasa lega dan tiada lagi tekanan.
“Selama tiga bulan berkahwin, saya sangat tertekan daripada awal (perkahwinan) sampailah ia berakhir di mahkamah.
“Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati,” katanya kepada mStar.
Terdahulu, mStar melaporkan Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’adiah Mohd Daud, 61, diceraikan suaminya, Husain Dolah dengan talak satu.
Lafaz cer4i dilakukan Husain terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.
Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati
Dalam pada itu, Husain juga mendakwa pelakon tersebut tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik.
Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung tindakan yang dilakukan aktres berkenaan sehingga hubungan rumah tangga yang menggores hatinya.
“Saya terkejut dengan perilaku dia sebab bila tengok dengan personaliti dia yang manis. Orang suka tengok dengan telatah dia tapi dia punya akhlak kurang baik.
Zaiton anak tunggal Husain juga terkejut dengan sikap Mak Wan.
“Tapi kita sebagai orang Islam kalau kita tiada akhlak, tiada prinsip hidup, tak jaga status kita akan rosakkan diri kita sendiri selama-lamanya,” ujarnya.
Sementara itu, anak tunggal Husian iaitu Zaiton sedih dengan perkara yang berlaku dan menganggap perpisahan yang berlaku adalah jalan yang terbaik untuk bapanya.
Zaiton yang kesal dengan kelakuan Mak Wan mendakwa pelakon itu tidak menghormati bapanya sepanjang perkahwinan terbabit.
“Saya rasa lebih bagus ayah berpisah dengan cara yang betul. Saya mohon maaf kepada keluarga Mak Wan kerana kami terpaksa buat macam ni sebab tak boleh terima apa yang berlaku.
Husain Dolah dan Mak Wan berkahwin pada 22 Januari lalu.
“Pada usia bapa saya yang 70 tahun ini sepatutnya dapat pengganti yang bagus untuk jaga dia. Tapi tak sangka Allah nak bagi dugaan macam ini.
“Pada awalnya saya ingat dia baik sama macam berlakon dalam TV, tapi belum sampai tiga bulan dah nampak perangai sebenar dia,” ujarnya.
Tambah Zaiton, dia juga sudah membuat laporan polis terhadap dramatis itu yang didakwa memfitnah mereka.
“Mak Wan hantar mesej tidak sepatutnya kepada ayah saya yang berbaur ugutan, dia fitnah saya dan ayah.
“Sekarang sudah jadi kes polis biarlah polis tentukan,” ujarnya.
Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.
Hasil daripada perkahwinan sebelum ini, Mak Wan mempunyai empat orang anak manakala suaminya, dua orang cahaya mata.
Pelakon Mak Wan Latah sah bercerai selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka semua…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -mstarvia
Post a Comment