Berdepan Hvkuman M4ti, Dugaan Yassin Semakin Teruk Isteri Failkan Pencer4ian

Berdepan Hvkuman M4ti, Dugaan Yassin Semakin Teruk Isteri Failkan Pencer4ian

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, pada Khamis atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama, minggu lalu.

Berdepan Hvkuman M4ti, Dugaan Yassin Semakin Teruk Isteri Failkan Pencer4ian



Yasin, 47, didakwa menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik berisi tanah boleh diperolehi sama ada secara terus atau secara tidak langsung.

ARTIKEL MENARIK:“Saya Rlsau GiIa..” Yasin Hldap Blp0lar Serlus, Peguam Blmbang Tlada Rawatan Sepanjang 7hari Didalam


Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Kota Damansara jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Ia merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.


Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saifi Hashim manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Semasa prosiding, Mohammad Al-Saifi tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh kerana pertuduhan itu termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.

“Dia dikenakan pertuduhan di bawah seksyen yang mana bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan jika didapati bersalah, ialah penjara seumur hidup maka tidak wajar sekiranya dia diberi ikat jamin,” katanya.


Loading...




Namun, Mohd Yusmadi merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar yang sesuai.

“Dia baru sahaja bercerai dan mempunyai dua anak, maka saya mohon mahkamah membenarkan ikat jamin dengan mengambil kira tahap kesihatannya.


“Dia merupakan seorang selebriti yang memberi banyak sumbangan kepada umum, malah kebiasaannya menjelang Ramadan dia berkarya dan memberi inspirasi positif kepada masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Mei depan untuk serahan dokumen.

Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, penyanyi itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah, dipercayai dijalankan hampir dua bulan.

Kegiatan itu berjaya dikesan menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sumber: bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:


Kredit -Bulletin 50 Times.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post