Nama Siti Bainun sedang ‘meletup’ dan sohor kini di media sosial manakala peguamnya pula dikecam warganet ekoran kes de ra dialami remaja perempuan Sind rom Down yang dikenali sebagai Bella.
Hampir 14,000 ciapan di Twitter dan kira-kira 42,000 orang di Facebook memperkatakan tentang pengasas Rumah Bonda itu setakat jam 4.15 petang tadi.
ARTIKEL MENARIK:Ini Reaksi YM Che Puan Khaleeda Isu AdlkBella. Kata kata Beliau Pasti Buat kanPguam, SitiBalnun Terdiam
Orang ramai rata-ratanya mengkritik Siti Bainun Ahd Razali, 30, susulan pendedahan demi pendedahan di mahkamah berhubung nasib dialami Bella termasuk dicili, dijirus dengan air panas dan diikat.
Orang ramai lebih tertumpu kepada sekeping foto dimuat naik Hafidzah yang memaparkan Siti Bainun bergambar bersama barisan peguamnya.
Meninjau ke ruangan komen, ciapan diulang kicau lebih 8,000 kali itu dihujani hampir semua komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati melihat barisan peguam tersebut ‘membela’ kes Siti Bainun.
Malah, netizen berpendapat bahawa wajah masing-masing dilihat gembira sekali gus mengenang kesakitan dan penderitaan dialami Bella akibat didera.
Akaun FB Peguam Hafidzah Hassan Penuh Kec4man Netizen
Ceritera Hafidzah Hassan luar mahkamah | Sinar Harian
Selepas peguam Hafidzah Hassan yang mewakili Siti Bainun memuat naik gambar tersebut ianya terus menjadi tempat kecaman netizen.
Dalam masa satu hari, beribu komen masuk dan hampir 900 perkongsian telah dibuat netizen.
Berikut adalah beberapa komen netizen di posting peguam tersebut.
“Hebat,jaga NGO tapi dapat bayar peguam ramai-ramai. Semoga Allah uji puan setimpal dengan apa yang Bella terima. Amin”
“Saya rasa, puan lawyer salah pilih side kali ni. Menang atau kalah kes Adik Bella, rakyat Malaysia tetap teguh bersama dia. Dan sesiapa dengan sengaja cuba menutup keadilan buat adik Bella, tunggulah kemarahan netizen”
YM Che Puan Khaleeda Mula Bersuara
“Dengan keuatan yang ada, saya akan lakukan apa saja untuk pembelaan Bella”
YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam merupakan isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor pada hari Jumaat, 24 Oktober 2014. YM Che’ Puan Khaleeda telah dikurniakan Darjah Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 15 Mac 2015 oleh DYMM Sultan Johor.
“Tak sepatutnya jadi isu.” – Peguam Siti Bainun jawab isu bergambar dengan anak guam
Rata-rata warganet mempersoalkan ahap profesionalisme barisan peguam yang bergambar dengan Siti Bainun dimana ada di antara mereka menunjukkan simbol ‘peace’ dan ‘mini love’.
Jawab isu bergambar dengan anak guam.
Bagaimanapun, Nur Hafidzah menjelaskan isu berkenaan menerusi temu bual mStar Online dengan menyertakan ‘thread’ transkrip cross examination daripada prosiding kes berkenaan.
“Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam. Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT (orang kena tuduh).
“Ia adalah perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu,” katanya.
Wanita berkenaan membuat penjelasan mengenai cross examination selepas dituduh netizen kononnya mendedahkan maklumat tidak sepatutnya di media sosial.
“Cross examination ni dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat. Tapi apa yang terjadi adalah, ia didedahkan separuh-separuh supaya nampak jahat sangat Siti Bainun ni.
“Sedangkan soalan-soalan balas yang ditanyakan tidak pula ditulis. Jadi saya ambil tanggungjawab ini dan semestinya saya sudah bertanyakan kebenaran mahkamah dari pasukan saya untuk berkongsi.
“Media boleh cakap apa yang berlaku semasa cross examination tu… tapi (orang ramai) kena tahu ada banyak lagi soalan balas yang ada dan jawapan jawapan seterusnya,” ujarnya.
Tak terima sebarang bayaran.
Dalam pada itu, dia turut menjawab persoalan sekiranya mereka dibayar dengan sejumlah wang bagi membela Siti Bainun, Nur Hafidzah menjelaskan dia tidak menerima sebarang bayaran.
“Saya bersetuju untuk membantu kes ini selepas meneliti dokumen yang ada. Malah kami barisan peguam yang membantu ini tidak menerima sebarang bayaran,” jelasnya.
Terdahulu Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan meng4niaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mngsa mengalami keceder4an fizikal serta em0si.
Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penj4ra 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Apapun sama ada bersalah atau tidak, peguam hanya menjalankan tanggungjawab mereka dan membantu mahkamah bagi membuat keputusan yang adil.
Kredit : Mstar/IG via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment