Will Smith dilaporkan menitiskan air mata semasa memberikan ucapan ketika menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di majlis Anugerah Akademi (Oscar) yang Ke-94 sejurus selepas insiden menampar Chris Rock berlaku.
Memetik laporan Independent, Smith telah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem ‘King Richard’.
ARTIKEL MENARIK:Genap 3 Tahun Hilang Tanpa Jejak, Abang Mula Kongsi Sesuatu Mengenai Acap
Pelakon itu menyampaikan ucapan yang panjang semasa menerima anugerah tersebut serta meminta maaf di atas tindakannya.
Sebelum itu, Smith memuji Richard Williams (peranannya dalam King Richard), yang juga bapa kepada Venus dan Serena Williams.
Dia menggambarkan lelaki itu sebagai ‘pembela keluarga yang garang’.
“Saya tahu, untuk melakukan apa yang patut kita lakukan, kita pasti akan menerima kecaman.
“Orang akan bercakap macam-macam mengenai anda. Dalam bidang ini, anda tidak boleh lari daripada sesetengah orang yang tidak menghormati anda.
“Anda hanya perlu senyum dan berpura-pura bahawa ianya tidak mengapa tetapi pada saat-saat kegemilangan anda, ketika itulah ‘syaitan’ akan datang kepada anda,” katanya.
Dalam ucapan itu, Smith juga turut memohon maaf mengenai tindakannya menampar Chris Rock.
“Saya ingin meminta maaf kepada Akademi dan kepada semua rakan finalis.
“Ini adalah saat yang indah dan saya tidak menangis kerana memenangi anugerah ini.
“Ia bukan mengenai kemenangan ini tetapi ia mengenai bagaimana saya mampu menyinari semua orang.
“Seni ini umpama kehidupan, saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti yang mereka katakan.
“Saya kelihatan seperti Richard Williams tetapi cinta akan membuatkan anda melakukan perkara yang gila,” katanya.
Tambahnya, dia turut berterima kasih bagi pihak keluarga Williams.
“Terima kasih atas penghormatan ini, terima kasih untuk saat ini, terima kasih bagi pihak Richard, Oracene, dan seluruh keluarga Williams.
“Semoga Akademi menjemput saya lagi selepas ini,” katanya sambil ketawa.
Terdahulu, Smith telah menggemparkan dunia apabila bertindak menampar Chris Rock secara langsung di atas pentas selepas pengacara itu dipercayai membuat jenaka tentang penyakit yang dihadapi isterinya, Jada Pinkett Smith.
Smith berang kerana Chris menyindir Jada mengenai kepalanya yang botak.
Bagaimanapun, Jada dipercayai mencukur rambutnya selepas bergelut dengan penyakit Alopecia yang dihidapinya.
Sumber: Independent
via
Post a Comment