Pelakon Ruhainies menyifatkan permohonan maaf yang dilakukan rakan artis, Zul Ariffin susulan isu tular baru-baru ini sebagai jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia sudah mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.
ARTIKEL MENARIK:Siapa Sangka, Rupanya Anak Zarina Zainudin Nikah Dengan Kerabat Di Raja Sultan Perak
“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih-lebih. Sebab bimbang nanti ia akan disalah ertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.
“Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.
“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” katanya.
Tambah Ruhainies lagi, adalah tidak adil jika hanya tuding kesilapan kepada satu pihak saja.
“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.
“Saya percaya, Zul selepas ini akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini. Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku,” katanya lagi.
Ruhainies dan Zul sebelum ini pernah bergandingan menerusi drama bersiri, Wifi Sebelah Rumah yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia di TV3 Jun tahun lalu.
“Saya Memohon Maaf Kepada Semua Yang…,” – Zul Ariffin
Susulan klip video promosi drama terbaharunya yang dimuat naik di Instagram mencetuskan sensasi di media sosial baru-baru ini, pelakon Zul Ariffin tampil memohon maaf atas insiden yang berlaku.
Menurut Zul, dia mengambil kira dengan maklum balas semua pihak sekaligus akan lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan di media sosial bagi mengelakkan kontroversi sama berulang.
“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.
“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.
“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” katanya.
Kenyataan tersebut disampaikan Zul menerusi satu kemaskini di Insta Stories, hari ini
Terdahulu, posting berkenaan yang turut membabitkan seorang pelakon wanita dihujani reaksi pelbagai kerana mempunyai babak yang disifatkan kurang bersesuaian.
Bagaimanapun, klip tersebut sudah pun dipadamkan dari akaun media sosial aktor sasa itu.
Babak Panas Zul Ariffin Mungkin Tak Tayang Di TV & Hanya Publisiti, Kata Pengarah
Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap penerbit, Erma Fatima kerana bukan dia yang menvisualkan karakter.
Sejak semalam, tular di media sosial satu video yang dimuat naik pelakon Zul Ariffin yang memperlihatkan beberapa ‘babak panas’ dari satu drama terbaharu lakonannya iaitu Perempuan Itu.
Menerusi video tersebut, Zul dilihat melakonkan aksi-aksi panas itu dengan seorang pelakon baru, Siti Hariesa yang disifatkan netizen mirip babak dari drama dan filem dewasa luar negara.
MALAYSIA ALLOW THIS?? WTF ZUL ARIFFIN pic.twitter.com/lKBDP2KbRu
— barbie (@crossvinee) March 18, 2022
Insiden ini menyebabkan kedua-dua pelakon ini termasuk penerbit, Erma Fatima dikecam hebat apatah lagi karya ini akan mula ditayangkan pada bulan Ramadan.
Menteri Agama turut beri teguran
Isu ini kemudiannya turut menarik perhatian Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad yang tampil memberikan teguran secara terbuka.
Menurut beliau, hiburan tidak dilarang dalam Islam, namun sekiranya ia melampaui batas dan boleh mencemarkan agama, ia tidak seharusnya dibiarkan.
“Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.
“Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati,” tulis beliau di akaun media sosial miliknya.
Beliau yang mengakui terkejut dengan perkara tersebut kemudiannya memaklumkan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.
Ia adalah scene director cut
Terbaharu, pengarah Perempuan Itu, Ain Sharif menerusi satu laporan mStar tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.
Menurut Ain, babak yang tular itu sememangnya arahan darinya namun ia hanyalah rakaman kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen.
“Ya! Saya yang mengarahkan babak itu… adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti,” jelas Ain Sharif.
Tak tahu Zul akan kongsikan
Malah dia juga tidak mengetahui yang Zul Ariffin akan berkongsi babak tersebut. Mengakui hanya menyedari berkenaan selepas video tersebut tular, Ain bagaimanapun mengambil tanggungjawab sepenuhnya sebagai pengarah.
“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.
“Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10% pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin),” katanya dipetik dari mStar.
Mengulas lebih lanjut, Ain berkata babak ‘second version’ ini sebenarnya dihasilkan untuk menjadikan drama ini lebih menarik meskipun kata putus terletak di tangan stesen TV. Malah perkara itu sudah dibincangkan sebelum penggambaran dan turut mendapat persetujuan para pelakon.
“Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak,” ujar Ain lagi.
Peka terdapat beberapa adegan yang agak sensitif di dalam drama itu, Ain bagaimanapun meminta orang ramai untuk menontonnya terlebih dahulu bagi memahami apa mesej sebenar yang ingin disampaikan.
“Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.
“Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu apa yang kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini,” katanya lagi.
Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap Erma Fatima kerana bukan dia yang menvisualkan karakter.
“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (Erma). Dia penulis skrip dan saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya… semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.
“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” jelasnya lagi.
Difahamkan, selain Ain drama Perempuan Itu turut diarahkan seorang lagi pengarah ternama, Isma Yusof.
Sumber MEdia Hiburan via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Post a Comment