“Di TikTok tu mungkin ada yang dah salah faham. Itu adalah kawan saya sebenarnya.”
Itulah penjelasan penyampai radio Fizi Ali selepas tular video yang mendakwa dia seperti mahu mengorat seorang wanita di platform TikTok malam tadi.
ARTIKEL MENARIK:Pengurus menangis dtg upacara pemakaman Tangmo Nida… Tapi reaksi ibu buat netizen tak puas hati tengok
Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 33, tidak ada sebarang isu pun tentang video tersebut kerana mereka berdua hanya bergurau dan ia tidaklah seserius yang disangka.
“Wanita Itu Hanya Kawan, Dia Bukan Punca…” – Fizi Ali Jawab Isu Cepat Move On, Laju Cari Pengganti
“Takde isu pun pasal saya nak try dia sebab dia kawan saya. Bila kami bergurau ada yang tak tahu dan rasa macam itu adalah satu benda yang serius tapi sebenarnya tidak pun.
Memang takde apa-apa langsung antara kami, hanya kawan sahaja.
“Saya kesian jugak kat kawan saya tu, sebab benda ni bergurau kita-kita je tak sangka benda ni boleh viral sampai orang kutuk dia, kata tak setanding dengan ex-wife saya, tak baik la cakap macam tu.
“Ada yang kata Shahida ni punca rumahtangga saya bercerai, bukan. Dia bukan punca. Kami hanya kawan,” ujar Fizi ketika dihubungi Gempak.
Ketika ditanya mengenai netizen melabel dirinya sebagai seorang yang cepat move on, Fizi ada alasan sendiri bagi mempertahankan dirinya.
Jelasnya, sesiapa sahaja di luar sana baik lelaki mahupun wanita, daripada asyik bersedih dan mengenang nasib, langkah move on itu perlu diambil tidak kira cepat atau lambat.
“Sebenarnya dalam hidup kita ni perlu sentiasa move on tau. Kalau rasa benda tu sangat menyedihkan untuk kita, sehari ada 24 jam, tak kan dalam masa 24 jam tu kita nak bersedih je kan. Tak kan kita nak setahun straight bersedih je.
“Bagi saya dan untuk sesiapa juga di luar sana, kalah dah ambil satu langkah untuk move on tu, tak perlulah kita nak mengecam. Kita patut beri mereka sokongan.
“Tak timbul isu lelaki cepat move on ke apa, kalau lelaki atau perempuan lepas bercerai pun, nak ambil masa setahun, dua tahun untuk move on, jodoh itu kan di tangan Tuhan.
“Kadang kalau kita nak mempertahankan jodoh tu, kalau Tuhan kata tak boleh, tak bertahan jugak kan. So kita tak boleh nak cakap orang tu cepat atau lambat move on,” jelasnya lagi.
Baru Bercerai Tapi Dah Mengorat Wanita Lain, Fizi Ali Dikecam Cepat Move On – “Laju Bro Cari Pengganti..”
Malah, bapa kepada seorang anak perempuan ini tidak menolak jika jodohnya tiba awal dan jika dia ditakdirkan untuk kembali bersama dengan bekas isteri, Shakila Khoriri.
“Saya takdelah sedang mencari pengganti sangat, itu semua jodoh. Kalau jodoh saya masih bersama bekas isteri, alhamdulillah.
“Kalau tak bersama bekas isteri pun tak apa. Kalau seseorang itu dah ditakdirkan jodoh saya, saya terima je. Untuk masa sekarang, takdelah saya nak sangat mencari jodoh tapi kalau ada, alhamdulillah,” katanya di akhir perbualan.
Sekadar info, Fizi berkahwin dengan Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia, 2 tahun.
Disember tahun lalu, pasangan tersebut mengesahkan hubungan mereka telah berakhir.
Sumber : GEMPAK via
Post a Comment