Pensyarah Hi.na Pelajar Kerana B40, Ramai Netizen Tidak Puas Hati. Akhirnya Ini Respond Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad

Pensyarah Hi.na Pelajar Kerana B40, Ramai Netizen Tidak Puas Hati. Akhirnya Ini Respond Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad

Susulan tular satu klip video memaparkan seorang pensyarah universiti tempatan yang didakwa menghina seorang pelajar yang tidak memiliki komputer riba, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons.

Pensyarah Hi.na Pelajar Kerana B40, Ramai Netizen Tidak Puas Hati. Akhirnya Ini Respond Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad



Menerusi laman Twitter rasminya @DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar.

ARTIKEL MENARIK:Majlis Belum Habis, Tetamu Selamba Bungkus Licin Lauk Kenduri Bawa Balik Akhirnya Terima Akibat


“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak
UiTM,” katanya.


Ciapan terbaharu Noraini itu pantas diulang ciap (retweet) satu ciapan lain yang didakwa memaparkan video yang tular itu.

Namun, hasil pemerhatian semula di Twitter, video asal berkenaan telah dipadam oleh individu yang memuatnaiknya.

Pertubuhan Pelajar Desak Pensyarah Marah Pelajar Tiada Laptop Dikenakan Tindakan


Mahasiswa Keadilan Malaysia menerusi satu kenyataan menyeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjalankan siasatan tindakan tatatertib terhadap pensyarah berkenaan.

Hal ini bagi memberi pengajaran kepada ahli akademik mahupun sesiapa sahaja dalam menghayati erti kemanusiaan.

Sungguhpun kami merasakan bahawa pensyarah itu mengherdik kerana keperluan kursus untuk memiliki komputer riba, tetapi merendahkan-rendahkan pelajar tersebut setelah dia mengatakan keadaan keluarganya yang tidak berkemampuan adalah tidak boleh diterima dan jelas bersikap angkuh.


Loading...




Susulan tular video berkenaan, pelbagai reaksi warga net mempertikaikan tindakan pensyarah yang menghina pelajar itu.

Pensyarah berkenaan turut didakwa menyifatkan golongan B40 tidak mementingkan pelajaran.

Sumber : ASTRO AWANI viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post