Bangsa Johor perlu boikot ucapan presiden, tanda protes kegagalan tunai janji

Bangsa Johor perlu boikot ucapan presiden, tanda protes kegagalan tunai janji

ESOK Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan berlangsung dan selepas menang besar di Pilihan Raya Negeri Johor dan terlebih awal Pilihan Raya Negeri Melaka, perhimpunan kali ini sepatutnya menjadi sangat meriah dan bersemangat.

Bangsa Johor perlu boikot ucapan presiden, tanda protes kegagalan tunai janji



Dua pencapaian terbesar itu selepas tewas teruk pada pilihan raya umum yang lalu menjadi pengubat luka dan duka ahli-ahli dan para pemimpin UMNO yang tidak biasa berada di luar lingkaran kuasa.

ARTIKEL MENARIK:Shahrir kecewa konflik jawatan MB Johor, Hasni disisihkan


Bagaimanapun kegembiraan itu sedetik cuma apabila kini setelah rumah siap pahat pula kuat berbunyi.

Sepatutnya hari Ahad lepas menteri besar yang baharu telah mengangkat sumpah, tetapi kini ia menjadi kemelut baharu yang membelenggu UMNO Johor dan parti keseluruhan.

Dek kerana mengamalkan politik lapuk iaitu setiap kali pilihan raya negeri perlu mengumumkan calon menteri besar dan ketua menteri, bahkan perdana menteri, kini ia memakan diri sendiri.

Cerdiknya pemimpin UMNO telah berjanji akan melantik Hasni Mohamad sebagai Menteri Besar Johor apabila menang pilihan raya negeri, sedangkan ia adalah masih tertakluk kepada kuasa sultan.

Jika sultan mengikut apa yang dihebohkan oleh UMNO, ia kelihatan sultan mengikut telunjuk parti, sedangkan di Johor keadaannya sangat berbeza.

Ada pula yang mahu bermain kuntaw Jawa, kerana di mulut menyebut Hasni, di hasrat ialah Puad Zarkashi. Akhirnya apabila istana mahukan Onn Hafiz.



Loading...


Nama Puad disorong ke hadapan kerana mahu menghakis pengaruh Hishammuddin Hussein yang dikatakan akrab dengan Hasni.

JOnn Hafiz, 44, dilantik MB Johor yang baharu beliau  ialah cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Onn Jaafar.

Jika Onn Hafiz dilantik sebagai Menteri Besar ke-19, beliau mengulangi sejarah moyangnya itu yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.

Onn Hafiz yang memenangi kerusi Dun Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah muka baharu yang dilantik ke barisan Exco Makmur Johor, selepas Hasni dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Onn memegang portfolio Pelancongan, Belia Dan Sukan selain aktif dalam advokasi orang muda termasuk menerusi pertubuhan bukan kerajaan Southern Volunteers, yang ditubuhkan hasil visi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Onn Hafiz yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Layang-Layang juga adalah anak saudara kepada Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Kanan Pertahanan.

Beliau memenangi kerusi Machap pada PRN Johor yang berakhir Sabtu.

Pemimpin UMNO Shahrir Samad sendiri malu untuk hadir pada PAU ekoran insiden itu dan menyifatkan UMNO Johor tidaklah hebat mana kerana gagal menunaikan janji utama terhadap penyokongnya.

Kita lihat apa lagi kuntaw Jawa akan digunakan oleh Presiden semasa PAU nanti.


Kredit -Suara Merdeka




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post