Teringin nak tanam pokok sayur tapi dah beberapa kali cuba asyik tak menjadi. Lepas anak benih tumbuh dan alih, tak sempat besar pokok dah mati. Tak sempat merasa hasil.
Kalau situasi ini selalu berlaku sampai putus asa bercucuk tanam, pasti ada kesilapan yang kita lakukan. Ini antara yang mungkin kita lakukan hingga menyebabkan pokok mati. Info ini dikongsi oleh Puan Liyana Poad.
ARTIKEL MENARIK:Seluar Hitam Dah Pudar, Lakukan Langkah Ini Untuk Hitamkannya Semula. Hasilnya Macam Baru Beli
1. Baja anak pokok yang belum matang
Kerap membubuh baja pada anak pokok yang belum matang usianya sehingga daun-daun pada anak pokok melecur sepert terbakar dan daun menjadi kekuningan seterusnya layu dan gugur.
Jika ini berlaku, siram anak pokok dengan jumlah air yang banyak untuk menyahkan baja yang telah diserap ke dalam tanah.
2. Letak baja organik atau baja NPK terlalu banyak
Baja NPK yang diperlukan hanyalah sesudu kecil makan atau bersamaan kurang daripada 15 butir baja. Baja organik pula biasanya sesudu kecil makan atau sesudu besar makan bergntung kepada jenisnya.
3. Suka siram air banyak
Akibatnya akar membusuk, tanah berlendir dan mengakibatkan kulat serta banyak penyakit bawaan tanah. Masalah ini juga akan mengundang kedatangan semut dan anai anai serta ulat ulat halus dalam tanah. Jika ini berlaku, tanah perlu ditukar kepada tanah yang baru.
4. Guna pasu atau polibeg yang terlalu kecil
Menggunakan pasu atau polibeg yang terlalu kecil untuk pokok pokok yg ditanam. Akibatnya, anak pokok tidak dapat mmbesar dengan baik lantaran akar sangat terhad bergerak, pengudaraan di dalam pasu atau polibeg kecil menjadi terlalu sempit.
5. Tanah terlalu sedikit
Tanah yang terlalu sedikit di dalam pasu atau polibeg sedangkan pokok yang ditanam adalah jenis berakar tunjang. Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana pokok yang berakar tunjang memerlukan tanah yang banyak. Tanah sepatutnya diisi hingga ke permukaan pasu atau polibeg.
6. Tidak membuang daun-daun tua di bawah cabang Y
Akibatnya nutrien dihabiskan ke bahagian bahagian daun di bawah cabang Y. Hal ini menyebabkan nutrien tidak sampai ke bahagian bunga dan buah.
Semoga bermanfaat.
Sumber:Puan Liyana Poad.via
Post a Comment