Kudrat Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, tidak segagah dahulu. Kini, M Daud hanya mampu menghabiskan sisa hidup dengan berehat atas katil selain terpaksa memakai lampin pakai buang, sejak seminggu lalu.
Tahap kesihatan penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu masih sama selepas menjalani prosedur pembed4han angiopl4sty di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2020.
ARTIKEL MENARIK:Pelawak Tr4nsgender Dorce Gamalama Men1nggal Dun1a Akib4t CVD-19, Dikebum1kan Secara Lelaki Walaupun Berhasrat Sebaliknya
Sebelum itu, M Daud atau nama sebenar, Muhammad Daud Kilau berdepan masalah kesih4tan sejak enam tahun lalu. Beliau yang menghidap peny4kit kencing manis sudah tidak boleh berdiri lama selain keb4s kaki, tangan dan sakit pinggang.
Selain itu, daya pendengarannya semakin kurang M Daud berkata, kesihatannya masih sama dan bergantung kepada ubat-ubatan. Malah, beliau perlu ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk dan Hospital Teluk Intan (HTI) untuk melakukan pemeriksaan secara berkala.
M Daud terpaksa memakai lampin pakai buang sejak seminggu lalu berikutan mas4lah pembu4ngan dan ker4p kenc1ng.
“Kesihatan masih sama. Namun, saya boleh berjalan dan menguruskan diri dengan bantuan keluarga.
“Cuma, sekarang saya lebih banyak berehat atas katil. Dalam masa sebulan, dua atau tiga kali saya kena ke klinik, hospital atau IJN untuk melakukan pemeriksaan.
“Saya bersyukur sudah tidak sesak nafas selepas menjalani pembed4han angioplasty.
“Saya kurang berselera makan, tetapi tetap makan. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada saya sihat seperti ini.
“Harap peminat mendoakan kesihatan saya,” katanya ketika ditemui BH Online di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk, semalam.
Bagaimanapun, M Daud melahirkan rasa terkil4n apabila kisah lama mengenai kesihat4nnya semakin mer0sot dan memerlukan bantuan, kembali tul4r dalam media sosial.
“Saya terima jika ada yang mahu memberi sumb4ngan dan sebagai tanda ing4tan. Saya berharap tiada lagi keluar cerita yang menggemparkan seperti ini,” katanya.
Seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan, begitu juga dengan M Daud Kilau. Bagi juara program Bintang Radio di Singapura pada 1968 itu, beliau rindu mahu beraksi di pentas. Namun, tahap kesihatannya tidak mengizinkan ketika ini. Jauh di sudut hati, katanya, dia sudah cukup berpuas hati dengan yang dikecapi selama ini.
“Kerinduan nak menyanyi tetap ada, namun apakan daya. Tidak mengapalah, apa yang dikecapi sebelum ini sudah cukup buat saya berpuas hati.
“Saya pun sudah tidak berdaya nak bergelek lagi, malah, suara pun rasanya tidak selunak dahulu,” katanya.
M Daud berkata, koleksi baju labuci masih disimpan dan dijaga dengan baik sebagai kenangan sepanjang 54 tahun bergelar pejuang seni.
“Saya terharu beberapa rakan artis termasuk Zaiton Sameon datang menziarah, baru-baru ini.
“Peminat juga datang dan bertanya koleksi baju labuci yang sehelai disangkut di sisi katil. Mereka ada melihat baju ini, sebenarnya inilah yang menjadi pengubat rindu saya.
“Sebelum ini, ada pihak mahu mencari penyanyi pelapis saya. Saya merancang mahu menghadiahkan baju labuci ini kepada pemenang, tetapi projek ini senyap begitu sahaja, mungkin sebab penularan pand3mik CVD-19,” katanya.
M Daud diser4ng ses4k n4fas hingga terpaksa dimasukkan ke HTI dan diberikan bantuan oksigen pada November 2020.Kemudian M Daud berdepan mas4lah inj4p jantung semp1t dan menjalani prosedur pembed4han angioplasty pada bulan sama.
Pelakon filem Man Laksa kini tidak mengalami ses4k naf4s dan tidak tercung4p-cung4p lagi selepas tiga salur dar4h dimasukkan alat sten dalam pembed4han berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit - Cari via
Post a Comment