Rayan akhirnya dijumpai selepas satu dunia nantikan ‘kemunculan’ beliau. Ini keadaan Rayan

Rayan akhirnya dijumpai selepas satu dunia nantikan ‘kemunculan’ beliau. Ini keadaan Rayan

PETALING JAYA- Misi menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap di dalam sebuah perigi di Maghribi mendapat sokongan seluruh dunia di mana rata-rata penduduk dari setiap negara mendoakan agar usaha penyelamatan akan berjaya.

Rayan akhirnya dijumpai selepas satu dunia nantikan ‘kemunculan’ beliau. Ini keadaan Rayan



Ketika ini, misi penyelamatan kanak-kanak itu dikenali sebagai Rayan yang memasuki hari ketiga dilaporkan berada di fasa terakhir dan mangsa dijangka dikeluarkan pada bila-bila masa.

ARTIKEL MENARIK:Hanya Tinggal 180cm Lagi Untuk Capai Rayan, Doa Dari Ustazah Asma Buat Ramai Sebak


Menerusi video terkini yang disiarkan secara langsung di Facebook Arab News, usaha menyelamat kanak-kanak itu ditonton lebih 24,000 pengguna media sosial dengan rata-rata mereka terus menitipkan doa agar Rayan kekal selamat.

“Pray for Rayan dari Thailand, semoga kanak-kanak itu selamat dan dapat pulang ke keluarga,” kata Simah Mee.

“Ya Allah, semoga usaha ini diberkati Allah dan Rayan dapat kembali kepada keluarga,” doa Nik Linda Samsudin.

“Sekarang kita doa juga untuk tanah itu kerana difahamkan tebing itu juga boleh runtuh bila-bila masa,” jelas Abdullah Mahyuddin.

Setakat ini, pasukan penyelamat berjaya menyalurkan saluran oksigen dan air kepada mangsa, Rayan. Mereka juga telah mendapat respons daripada kanak-kanak tersebut.

Menurut laporan, insiden itu bermula apabila mangsa dilaporkan hilang ketika bermain.

“Seluruh keluarga keluar untuk mencari Rayan sebelum kami menyedari dia telah jatuh ke dalam perigi. Saya masih menaruh harapan untuk mengeluarkannya hidup-hidup,’’ kata ibu mangsa.

Menurut laporan media tempatan, pasukan perubatan telah bersiap sedia di lokasi kejadian untuk memeriksa keadaan mangsa sebaik sahaja dia diselamatkan.

Pihak berkuasa turut menyediakan helikopter untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Rayan akhirnya berjaya diselamatkan

RABAT, Maghribi – Kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam telaga 32 meter, Rayan Awram akhirnya berjaya diselamatkan pada malam Sabtu (waktu tempatan), lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Pasukan penyelamat dirakam menarik badan kecil Rayan keluar daripada telaga milik bapa mangsa selepas empat hari terperangkap di dalamnya.

Rayan,5, kelihatan lemah dan sedikit menggigil sebelum dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.

Hanya mayat sahaja yang berjaya ditarik keluar pasukan penyelamat. – The Sun



Loading...


TERKINI! Rayan meninggal dunia, pasukan penyelamat hanya tarik keluar mayat

RABAT, Maghribi – Seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama lima hari telah meninggal dunia, lapor laman berita Al-Arabiya, hari ini.

Kenyataan mengenai kematian Rayan Awram, 5, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Anggota -anggota penyelamat terdahulu telah mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rayan Awram dan berumur lima tahun selepas pasukan perubatan memeriksa keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah sampai ke lokasi dia terperangkap.

Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.

Rayan terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post