Perkongsian Datuk Ayu Puteh tarik perhatian ramai. Ramai tertanya adakah Elly Suriaty mahu tinggalkan dunia seni.

Perkongsian Datuk Ayu Puteh tarik perhatian ramai. Ramai tertanya adakah Elly Suriaty mahu tinggalkan dunia seni.

Baru – baru ini satu perkongsian dari penerbit Datuk Ayu Puteh di laman Instagramnya mendapat perhatian warganet.

Perkongsian Datuk Ayu Puteh tarik perhatian ramai. Ramai tertanya adakah Elly Suriaty mahu tinggalkan dunia seni.



Dalam perkongsian tersebut, Ayu menunjukkan satu video mengenai pelakon dan pengarah wanita Malaysia, Ellie Suriati.

ARTIKEL MENARIK:“Jodoh itu rahsia Allah”-Anuar Zain mula bersuara


Datuk Ayu Merasa Sebak


Dalam perkongsian tersebut, Ayu menunjukkan pemberian bunga yang diberikan kepada Ellie Suriati dan tertera ‘You Are My Love’ di atas jambangan bunga tersebut. Ayu juga turut menyatakan bahawa dirinya sebak ketika memberi bunga tersebut.

Jangan Pernah Hilang

Bukan itu saja, Ayu turut menyatakan bahawa Ellie Suriati merupakan salah seorang pengarah dan pelakon yang hebat. Dia juga mengharapkan supaya Ellie Suriati tidak akan hilang dari dunia seni di Malaysia.

Semoga Maju Jaya

Pengakhiran penulisan Ayu, dia menyatakan bahawa dia bangga apabila Ellie Suriati memutuskan untuk kembali berlakon dan mendoakan kejayaan pelakon tersebut. Menerusi ruang komen, ramai yang gembira apabila Ellie Suriati membuat pilihan untuk kembali berlakon dan ada yang turut teruja dengan kemunculannya. Sumber: Murai.my

Akhirnya Ellie Suriaty Dah Lengkap 2 Dos Vaksin. Terkejut Rupanya Ini Sebab Dia Ambik Vaksin Siap Sebut Pasal Kj Lagi.

Demi memenuhi permintaan suaminya, Azri Iskandar, pengarah dan pelakon berkaliber, Ellie Suriaty Omar mengakui dia sudah mengambil dua dos vaksin C0VID 19 pada November lalu di sebuah klinik swasta.  “Azri bagitahu saya, dia sudah dua tahun memberi peluang kepada saya untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai keberkesanan vaksin.  Jadi selepas dua tahun, dia menuntut saya untuk memenuhi permintaannya pula untuk saya ambil vaksin. 

“Apa yang boleh saya katakan, dia Azri telah bagi saya ultimate term dan sebagai isteri, saya tidak boleh ketepikan permintaannya itu. Dia suami saya. Ada perkara saya kena patuh,” katanya.  Jelas Ellie lagi, dari awal lagi dia bukanlah seorang yang anti vaksin. 

“Kalau saya anti vaksin, dari dulu saya takkan cucuk apa-apa vaksin pun. Lagipun, dulu saya pernah jadi pramugari. Untuk terbang ke sana-sini, saya perlu ambil vaksin-vaksin tertentu. “Bukan saya tidak  faham perkara-perkara  tentang vaksin ini. Cuma, apa yang saya persoalkan tentang vaksin C0VID 19 ini adalah tentang keberkesanannya kerana ia dibuat secara terburu-buru.

“Adakah kita ini tikus makmal?. Dan, apa yang saya suarakan ini bukanlah atas pandangan dan pendapat peribadi saya semata-mata. “Tetapi, ia juga adalah pandangan yang disuarakan kebanyakan pakar v.irologi dari seluruh dunia. Bahkan, yang membuatkan saya pelik apabila hampir 80 peratus penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat menolak vaksin.

Sama Macam Khairy Jamaluddin

“Saya ambil Sinovac sebab Khairy Jamaluddin kan ambil Sinovac. Kita ikut Menteri Kesihatan lah. Dos pertama pada lewat Oktober dan kemudian, dos kedua November. Saya dapat tawaran bekerja di Sarawak. “Orang yang dah vaksin ke atau antivaksin, tiada siapa nak dijangkiti Covid 19. Jadi, masing-masing pun dia ada dia punya cara-cara pencegahan. Begitu juga saya semasa belum divaksin. Saya tak pernah kena Covid sebab saya buat langkah pencegahan,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

“Berbeza dengan Malaysia. Di negara ini, yang menerima vaksin adalah sebanyak 80 peratus. Yang menolak pula hanyalah 20 peratus sahaja. “Lagipun, pengambilan vaksin seperti satu mandatori di negara ini kerana berlaku sekatan terhadap kerja jika kita tidak mengambilnya. Jadi, dengan hal-hal seperti ini termasuk permintaan daripada Azri, saya akhirnya setuju mengambil v.aksin,” katanya. 

Sebaik sahaja lengkap dua dos v.aksin, Ellie terus terlibat dengan projek pementasan Putri Santubong The Warrior Princess yang telah pun dipersembahkan di Kampung Budaya Sarawak, pada 11 hingga 12 Disember lalu.  “Putri Santubong The Warrior Princess adalah projek pertama yang menyaksikan saya kembali semula dalam industri selepas PKP dan selepas mengambil v.aksin. 

“Penglibatan saya adalah sebagai konsultan keseluruhan pementasan projek tersebut. Ia satu pengalaman yang cukup menarik. Apatah lagi apabila saya terpaksa berkampung di Kuching selama sebulan. “Dan, saya juga seronok bekerja dengan seluruh tenaga kerja produksi dan teknikal Putri Santubong The Warrior Princess. Mereka memberikan kerjasama yang cukup baik. 

“Saya juga seronok bekerja dengan Madam Jane Jian Labang selaku Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak, Encik Zaini Haji Zainuddin , Hamzah Tahir dan Masfah Brahim.  Saya harap akan ada lagi projek yang seterusnya bersama mereka selepas ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ellie juga bakal bertindak sebagai jurulatih lakon filem terbaharu arahan Osman Ali, Telaga Suriram. Karya ini bakal dibintangi Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda serta Scha Al Yahya. “Ini adalah filem kelima kolaborasi saya bersama Osman Ali sebagai jurulatih lakon. Sebelum ini, saya pernah terlibat dengan Ombak Rindu, Pilot Cafe, Kau Yang Satu dan L.angsuir.

“Saya teruja untuk sama-sama menjayakan filem ini. Saya kira, saya punya keserasian yang baik dengan Osman Ali. Mungkin sebab itu, dia sering mengambil saya menjadi jurulatih lakon dalam filem-filem arahannya. “Saya juga pengarah filem, jadi ia memudahkan saya untuk faham apa yang Osman Ali cuba ketengahkan dalam karya sentuhannya.

“Andai kata saya tidak punya pengetahuan tentang filem atau lakon layar, barangkali sukar untuk saya memahami teori dan falsafah filem yang cuba disampaikan Osman Ali,” katanya. Mengenai pengarahan, Ellie berkata, dia ada perancangan untuk menghasilkan filem tahun ini.

“Saya sebenarnya sangat teruja dengan 2022. Harap tahun ini akan bawa banyak tuah buat saya. Saya masih ingat lagi kata-kata Mamat Khalid, bakat seperti kamu tidak boleh disorokkan. Anda harus keluar dan memberi tenaga, pemikiran serta nilai artistik anda kepada industri. Jika tidak, ia akan menjadi sia-sia. 

“Saya akan pegang kata-kata orang yang percayakan saya. Saya bersyukur kerana Mamat Khalid benar-benar menyedarkan saya akan hakikat itu,” katanya lagi

Kredit : Getaran/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Ramai Yang Marah Kj Pasal Vaksin Dos Keempat. Terkejut Sekali Tiba Tiba Rita Rudaini Tampil Backup Kj Pulak.



Loading...


Pelakon popular Rita Rudaini mempersoal tindakan segelintir warganet yang seakan-akan kurang berpuas hati dengan berita pemberian dos keempat vaksin C0VID l9 seperti yang tular baru-baru ini. Hal itu dikongsi Rita menerusi ruangan Instagram Story miliknya beserta potongan artikel Astro AWANI dengan tajuk; Khairy jawab ‘kemarahan’ warganet mengenai dos penggalak keempat.

“Habis madu sepah dibuang, dulu dialah yang tolong korang bawa masuk penawar untuk korang, korang puji, korang puja dia, korang marah orang lain, korang kata penawar itu ‘ikhtiar’. “Sekarang korang nak marah dia kenapa? Korang ni memang tak kenang budi, mana ‘IKHTIAR’ korang?

“Dulu dia bagi 1, korang minta 2, sekarang dia bagi lebih korang marah kenapa? Bukan kena bayar pun…korang ni memang tak kenang dek untung! Biasalah YB, kena ingat, Melayu mudah lupa,” tulisnya. Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sedang menjalankan kajian untuk memberikan suntikan dos keempat.

Jelas beliau, apa yang di ketahui setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan penerima terhadap jangkitan C0VIDl9. Khairy jawab ‘kemarahan’ warga net mengenai dos penggalak keempat. Khairy berkata Kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan omicron.

Keperluan untuk memberikan lebih daripada satu dos penggalak diputuskan berdasarkan kajian dan respons ‘evidence-based’, tegas Khairy Jamaluddin. Menteri Kesihatan itu berkata demikian menjawab ‘kemarahan’ seorang pengguna media sosial berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan(KKM) untuk memberikan suntikan dos keempat.

Jelas Khairy, apa yang diketahui, setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap C0VIDl9. “Lebih dari itu, kita kaji dari masa ke semasa bila data saintifik baharu muncul. Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang di maksud respons yang evidence-based,” demikian tulis Khairy dalam entri di laman Twtter. “Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun,” ujarnya.

Kredit:GEMPAK/AstroAwani

Selalu Beri Keyataan Terbuka Sampai Ada Tegur Suruh Jaga Diri Sendiri. Rita Rudaini Akhirnya Dedah Sebab Sering Bersuara Di Media Sosial.

Pelakon, Rita Rudaini tampil memberi penjelasan mengenai tindakan dirinya yang sering tampil memberikan kenyataan secara terbuka di media sosial terutamanya mengenai isu vaksin.

Tidak Suka Lihat Orang Lain Ditindas

Terbaru, Rita mendedahkan dia pernah mendapat teguran untuk tidak bersuara dan mengambil tahu terhadap sesuatu isu. Walaubagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini menjelaskan bahawa dirinya bukan seorang individu yang suka melihat penindasan terhadap orang lain terutama melibatkan dirinya sendiri. Dari awal dulu, ada yang menegur saya..supaya tak payah lah bercakap, tak payah lah ambil tahu. Biarkan..Kita jaga kita sudah..

Saya bukan jenis yang suka tengok penindasan pada orang lain apatah lagi penindasan pada diri sendiri. Saya taknak jaga bontot saya sorang-sorang.”-Jelas Rita. Tambah Rita lagi, dia pernah menolak bayaran untuk berlakon apabila mengetahui rakan-rakan kru tidak mendapat bayaran berikutan ia hanya dibayar kepada lead artist sahaja suatu ketika dahulu.

“Saya pernah tak ambik payment berlakon sampai ke sudah sebab rakan-rakan kru tak dapat payment , dan payment hanya dibayar pada artis-artis lead dulu dan tak bagi saya bising-bising kata dapat payment. Maaf saya bukan jenis orang yang penting periuk nasi sendiri.. Saya tolak semua ni, saya tak nak datang kerja sampai lah kru-kru semua dibayar gaji mereka.”-Kongsi Rita

“Orang Yang Membisu & Hanya Jaga Diri Sendiri Umpama Sy4itan Bisu”

Rita dalam pada itu, Rita turut menyifatkan  individu yang membisu dan hanya menjaga diri sendiri umpama sy4itan yang bisu yang sanggup melihat penderitaan orang lain asalkan diri tidak mendapat tempias.

“Pada saya, orang yang membisu dan hanya menjaga diri sendiri adalah orang yang selfish dan umpama sy4itan bisu ..Sanggup tengok penderitaan orang lain asalkan diri tak terkena tempias.” katanya lagi

Di akhir penjelasannya, Rita memberitahu bahawa dia boleh duduk di rumah berdiam diri dan hanya melihat kesusahan dan masalah orang lain kerana ia tidak akan menjejaskan kehidupannya.-Sumber: Murai.my via Era Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post