Ditinggal kekasih boleh menyebabkan seseorang itu berasa sedih dan kecewa. Tapi apa yang paling pedih apabila hubungan itu terputus di tengah jalan hanya disebabkan berat badan seseorang itu berlebihan.
Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki di Indonesia apabila dia dikecewakan hanya kerana penampilan serta berat badannya berlebihan.
ARTIKEL MENARIK:Kec0h ular ‘naik’ pesawat ke Sabah! Penumpang sangka pendaratan kecemasan sebab cuaca, pelik bomba tunggu depan pintu
Menerusi video yang dimuat naik oleh Oddi di TikTok, memaparkan pemuda berkenaan menunjukkan perbezaan dirinya yang dahulu berbadan besar dan kini kelihatan begitu kacak sekali.
Penampilan itu menguntungkan. selalu hanya gadis cantik je yang akan di pilih menjadi nombor 1. Jadi tengok lah diri saya yang sekarang ni.
Dalam pada itu, jejaka berkenaan turut berkongsi satu video yang dipercayai ditujukan kepada para gadis yang pernah meninggalkan dirinya.
Lebih menarik lagi apabila Oddi turut berkongsi tips diet yang diamalkan olehnya untuk menurunkan berat badan sehingga dia tampil dengan lebih bergaya.
Ujarnya, pada waktu pagi dia hanya meminum air putih dan tidak akan bersarapan kerana tidak biasa makan pada waktu pagi sejak dari kecil lagi. Manakala pada waktu tengah hari, dia akan memakan sayur-sayuran dan ikan sahaja. Pada waktu malam pula, dia hanya memakan buah-buahan selepas melakukan aktiviti senaman.
Elakkan makanan ringan, minuman bersoda, minuman beralk0hol , makanan atau minuman manis, masin dan berminyak.
Tak ada yang mudah. semuanya perlukan usaha. Konsisten ni bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan dan kesihatan diri sendiri juga.
Video berdurasi 25 saat itu meraih lebih 14 juta tontonan dan mendapat lebih satu juta komen di TikTok.
♬ Fortune Cookie in Love ( Fortune Cookie Yang Mencinta) – JKT48
@thisisds_ Reply to @untukpvn udah yah guys, yuk pada semangat hidup sehatnya untuk diri sendri #fyp #foryoupage #foryou #xyzbca #tipsdiet ♬ WAP – Ziplock Domo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit - Oh Bulan via
Post a Comment