“Lama tak nampak bro” Shuk Sahar Dirakam Bersama Sorang Wanita. Tapi Kerusi Wanita Tersebut Tarik Perhatian Ramai

“Lama tak nampak bro” Shuk Sahar Dirakam Bersama Sorang Wanita. Tapi Kerusi Wanita Tersebut Tarik Perhatian Ramai

Sejak kontroversi berkenaan rumah tangganya menjadi perbualan netizen, nama Shuk Sahar kerap kali dipandang negatif.

“Lama tak nampak bro” Shuk Sahar Dirakam Bersama Sorang Wanita. Tapi Kerusi Wanita Tersebut Tarik Perhatian Ramai



Kecurangannya terhadap isteri sering saja didedahkan di media sosial sehingga ramai yang sudah letih dengan drama rumah tangganya.

ARTIKEL MENARIK:Sampai geledah ‘sampah’, ini realiti kehidupan Puteri Balqis yg ramai tak tahu


Namun begitu, setelah pelbagai cerita sensasi berkaitan pelawak tersebut dengan wanita lain bertebaran, isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dikatakan tekad mahu berpisah walaupun beberapa kali Shuk dilihat cuba memujuk bagi memperbaiki hubungan.

Lama tak nampak bro?

Shuk juga seakan ‘hilang’ dari industri seni Tanah Air apabila media sosialnya tidak lagi aktif sejak penghujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian yang tular sejak pagi tadi di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @xnurazli_ telah memuat naik video secara tidak sengaja terjumpa pelawak berkenaan.

Masih tak serik2.

Shuk dilihat sedang lepak bersama seorang perempuan yang dipercayai wanita sama yang menjadi punca kontroversi-kontroversi sebelum ini.

Hal ini susulan tindakan ‘paparazi’ netizen yang mulai menjengah ke Instagram wanita itu bagi melihat sama ada baju dan tudung yang dipakai sama seperti gambar yang pernah di post sebelum ini.

Memang ramai la stalk IG perempuan tu nak tahu tudung sama ke tidak
Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan TikTok @xnurazli_ dengan mempersoalkan tindakan Shuk yang tetap curang walaupun ada ura-ura mengatakan yang dia cuba berbaik dengan isteri.

Kerusi Tiga Lapis.

Tak hanya itu, netizen turut mempersoalkan tindakan wanita di hadapannya yang duduk di atas tiga buah kerusi seperti yang sering dilakukan kepada kanak-kanak yang tidak sampai untuk makan diatas meja berikutan meja tersebut terlalu tinggi.

Macam tahu je tempat ni dekat mana

Episod bersambung-sambung lagi la nampaknya. Macam budak2 kena duduk kerusi triple

Muat naik foto suami dengan emoji ‘love’, isteri Shuk Sahar tak jadi fail cerai? – “Maaf, tiada apa yang berlaku”

KEMELUT rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui noktah walaupun sudah hampir tiga bulan mereka hidup berjauhan.

Akui Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah, ketika ini Shuk masih berada di rumah keluarganya di Pulau Pinang.


Loading...


Sehubungan itu timbul tanda tanya tentang perkembangan berhubung kenyataan Sera sebelum ini yang mahu memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November lalu.

Sera dalam proses menfailkan cerai

Kemelut rumah tangga Shuk dan Sera bagai tidak berkesudahan.

Bagaimanapun Sera ketika dihubungi mStar enggan memberi kenyataan lanjut tentang status rumah tangganya bersama Shuk.

“Maaf, rasanya tak nak komen banyak. Tiada apa pun yang berlaku.

“Lagi pun Shuk tiada di sini, dia masih di Pulau Pinang,” ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar.

Dalam tempoh ini kalau boleh jangan buka hati you untuk orang lain ya.

Minggu lalu Sera mendapat perhatian ramai apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Rata-rata memuji penampilan Sera yang langsung dan disifatkan lebih cantik.

Pada Isnin Sera yang kini aktif dengan perniagaan produk pelansingan badan itu berkongsi paparan skrin menunjukkan Shuk sedang membuat panggilan video dengan anak mereka.

Malah dia turut memuat naik beberapa mesej dipercayai daripada bekas penyampai radio itu yang meminta maaf dan memujuknya kembali hidup bersama.

Shuk dan Sera dikurniakan dua cahaya mata.

“I minta maaf, masih ada peluang ke untuk kita bersatu balik?

“Dalam tempoh ini kalau boleh jangan buka hati you untuk orang lain ya,” antara mesej yang dimuat naik Sera di laman sosialnya.

Perkongsian Sera di Instagram story menimbulkan tanda tanya tentang status hubungan dengan suami, Shuk Sahar.

Pada November, Serra mendedahkan dia bakal memfailkan perceraian selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Dia juga memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan pelawak itu sejak Oktober.

Sera dan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Shar berkahwin pada 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber: TikTok @@xnurazli_ viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post