KJ dedah peratus masyarakat Melayu yg ambil dos penggalak. Memang ramai dah jangka

KJ dedah peratus masyarakat Melayu yg ambil dos penggalak. Memang ramai dah jangka

KURANG daripada separuh populasi masyarakat Melayu yang mengambil suntikan dos penggalak Covid-19, kata Khairy Jamaluddin.

KJ dedah peratus masyarakat Melayu yg ambil dos penggalak. Memang ramai dah jangka



Menulis di Twitter, Menteri Kesihatan itu mendedahkan hanya 47.9 peratus masyarakat Melayu di seluruh negara telah mengambil dos ketiga vaksin Covid-19 setakat 10 Februari.

ARTIKEL MENARIK:“Selamat Hari Raya Aidilfitri” – KJ bagitahu jika ini berlaku, rakyat Malaysia berpeluang utk menyambut Aidilfitri


Secara perbandingan, carta yang turut dimuat naik di ciapan itu menunjukkan 81.3 peratus masyarakat Cina dan 56.4 peratus masyarakat India telah mengambil dos penggalak.

Ia diikuti oleh 50.6 peratus oleh kumpulan kaum lain, dan 49.6 peratus daripada Orang Asli dan Bumiputera lain.

“Pemberian dos penggalak harian mula meningkat semula. Dos penggalak memeberi perlindungan yang baik terutama dalam gelombang Omicron.

“80 peratus masyarakat Cina boosted. Namun perlu komunikasi yang lebih mantap di Facebook sebab Melayu kurang 50 peratus,” tulisnya.

Khairy kemudiannya memuji Sarawak kerana menjadi negeri terbaik dengan mencatatakan 80 peratus masyarakat Melayu menerima suntikan dos penggalak, diikuti Cina (85.6 peratus), India (79.1 peratus), Orang Asli dan kumpulan Bumiputera lain (76.5 peratus) dan lain-lain (47.5 peratus).

Beliau turut berkongsi pecahan data di negeri-negeri di mana pengambilan dos penggalak dalam kalangan orang Melayu melebihi 50 peratus termasuk Sarawak (80 peratus), Melaka (64.6 peratus), Labuan (62.3 peratus), Lembah Klang (59.5 peratus), dan Negeri Sembilan (55.7 peratus).

Negeri-negeri yang merekodkan pengambilan dos penggalak terendah secara keseluruhan ialah Sabah (24.8 peratus), diikuti oleh Kelantan (25.3 peratus) dan Perlis (30.9 peratus).

Kerajaan sedang mempertingkatkan kesedaran mengenai keperluan pengambilan suntikan penggalak dalam usaha mengurangkan kesan varian Omicron Covid-19.

Kajian menunjukkan bahawa dos ketiga menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap Omicron. – THE STAR

Sijil vaksinasi Covid-19 akan bertukar warna putih kepada mereka yang tidak mengambil dos penggalak, bermula 1 Mac depan. -Gambar iasan



Loading...


Warga emas, penerima Sinovac mesti ambil dos penggalak sebelum 1 Mac… jika tidak sijil vaksinasi akan bertukar ke warna putih

SEMUA penduduk berusia 60 tahun dan ke atas dan penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media, petang Isnin.

Ini bermakna, mereka yang gagal berbuat demikian akan diletakkan di bawah status individu tidak lengkap vaksinasi.

“Hanya bulan Februari saja untuk kekal lengkap vaksinasi kepada semua warga emas tak kira jenis vaksin pertama dan kedua, dan semua penerima dewasa bagi Sinovac, mesti dapat dos pengalak.

“Jika tidak, sijil digital akan bertukar warna kuning kepada putih. Maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan,” katanya.

Khairy berkata, status ‘putih’ itu akan menyebabkan sekatan perjalanan di pintu masuk tertentu.

Beliau berkata, terdapat lebih kurang 32 peratus atau sejuta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.

“Seramai 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum menerima dos penggalak terdedah kepada (varian) Omicron,” katanya.


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post