Jemaah Yang Lengkap Vaksin Dan ‘Booster’ Sahaja Boleh Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Selangor

Jemaah Yang Lengkap Vaksin Dan ‘Booster’ Sahaja Boleh Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan edaran ketetapan terkini berhubung kehadiran solat Jumaat di masjid seluruh negeri Selangor termasuk mewajibkan pengambilan dos penggalak.

Jemaah Yang Lengkap Vaksin Dan ‘Booster’ Sahaja Boleh Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Selangor



Surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 20 Januari lalu.

ARTIKEL MENARIK:Kematian remaja: KKM belum terima laporan forensik, patologi


Surat bertarikh 20 Januari itu menjelaskan ketetapan baru pelaksanaan solat fardhu Jumaat dengan kapasiti penuh serta penjarakan fizikal 1 meter antara jemaah di semua masjid, surau kebenaran Solat Jumaat di Selangor.

Bagaimanapun, perkembangan terkini penularan Covid-19 dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla.

Baginda berkenan supaya pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan.

“Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.


Loading...


“Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.

“Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sediakala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera,” menurut edaran itu.

Difahamkan ketetapan terkini itu akan bermula pada 25 Februari, Jumaat ini.

Sumber : HM khalifahmedianetworks




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post