Dua Orang Anak Fasha Sandha Positif. Fasha Luahkan Rasa Kecewa Bila Dia Mula Nampak Siapa Kawan Sebenar

Dua Orang Anak Fasha Sandha Positif. Fasha Luahkan Rasa Kecewa Bila Dia Mula Nampak Siapa Kawan Sebenar

“Bila waktu sukar berlaku, baru kita tahu siapakah kawan yang betul-betul kawan.”

Dua Orang Anak Fasha Sandha Positif. Fasha Luahkan Rasa Kecewa Bila Dia Mula Nampak Siapa Kawan Sebenar



Demikian getus aktres Fasha Sandha selepas melihat pengalaman kuarantin dilalui dua orang anaknya, Putra Rayfal dan Putri Jemyma yang positif Covid-19 baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Sah Bercerai, Ini Kata2 Shila Amzah Buat Peminat Tersentuh


Kata pelakon berusia 37 tahun itu, sepanjang anaknya menjalani kuarantin, dia dapat melihat dengan jelas siapa yang tidak peduli dan takut dengan mereka.

“Barulah tahu siapa yang langsung tak peduli, selalu singgah depan rumah tanya khabar. Siapa yang takut dengan kita.

“Lebih mengejutkan, yang rapat itulah yang tak peduli dan takut dengan kita. Tanya khabar pun tak,” tulisnya dalam Instagram.

Semalam, Fasha memuat naik sebuah video memaparkan kedua-dua anaknya itu keluar rumah selepas selesai menjalani kuarantin selama 10 hari.

Dalam video tersebut, Rayfal dan Jemyma teruja dapat bertemu rakan-rakannya yang dari jauh sudah kelihatan berkejaran bagi mendapatkan mereka.

Paling menyentuh hati adalah tindakan salah seorang rakan baik Jemyma yang datang memeluknya untuk melepaskan rindu selepas 10 hari tidak dapat bertemu dan bermain bersama-sama.

Ujar Fasha, dia berterima kasih kepada rakan-rakan anaknya kerana mereka tidak pernah lupa bertanya khabar Rayfal dan Jemyma setiap hari.

“Terima kasih Chanela, Elsa, Erisa dan Nurin. Saya sayang keempat-empat kamu lebih banyak sekarang.

“Setiap hari lalu tanya khabar, tanya bila mereka boleh keluar bermain sama. Tanya sihat ke tak, tersentuh hati ibu,” tulisnya sambil mengakui sebak sehingga menangis selepas melihat babak berpelukan Jemyma dan rakannya.

Dalam pada itu berkongsi keadaan terkini kedua-dua anaknya, Fasha memaklumkan bahawa mereka sudah sihat dan negatif Covid-19.

“Kepada yang bertanya, ya, anak-anak saya kuarantin selepas salah seorang budak dari sekolah positif Covid-19.

“Alhamdulillah, anak-anak saya sihat, negatif dan habis kuarantin. Syukur alhamdulillah,” katanya lagi.

Beberapa hari lalu, pelakon drama Khilaf Asmara itu ada memuat naik hantaran dalam Instagram menunjukkan dia dan keluarganya melakukan ujian calitan PCR di kediaman mereka.



Loading...


Hasil ujian bagaimanapun menunjukkan keputusan negatif.

Suami mahu ‘baby boy’ – Fasha Sandha

Sibuk dengan tiga anak, Fasha Sandha belum sedia hamil lagi biarpun suami, Aidil Aziz, teringin menimang cahaya mata lelaki.

Menyerahkan soal zuriat kepada rezeki Allah, Fasha melihat tempoh beberapa tahun lagi paling ideal untuk dirinya berbadan dua.

“Andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Namun, umur saya 37 tahun. Mungkin sebelum usia 40 tahun, saya boleh mengandung lagi… Mujur suami memahami,” katanya kepada BH Online.

Melalui perkahwinan pertama, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma. Bersama Aidil, pasangan itu beroleh Aisha Amaira yang dilahirkan pada 7 Ogos 2020.

Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan tidak kisah dikurniakan seorang lagi anak kerana sukakan kanak-kanak.

“Sejak zaman anak dara saya suka kanak-kanak. Dahulu, kalau ada masa lapang, saya sanggup bawa anak jiran jalan-jalan.

“Namun, sekarang, cukuplah tiga anak. Hendak tambah anak, lambat lagi. Aidil ada beritahu dia mahukan ‘baby boy’ pula, tahun ini.

“Namun, sejujurnya, saya belum sedia. Saya sibuk dengan komitmen seni dan duta produk,” katanya yang dilantik duta produk dan pengguna setia serbuk vitamin C, Gebu Glow, baru-baru ini.

Sementara itu, Fasha terus menjaga disiplin dan komited dalam karier seni sebagai kunci untuk terus kekal dan relevan.

Berkongsi rahsia, Fasha berkata, rutin sebagai ibu, isteri dan anak bermula sesudah subuh.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat dalam menghadiri janji temu atau sebarang komitmen sepanjang 16 tahun dalam dunia seni. Mungkin kerana saya bermula sebagai model sejak berusia 18 tahun.

“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula antara jam 4 atau 5 pagi. Orang ‘sedap’ tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.

“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Biarpun pulang lewat dan tidak cukup tidur, saya tetap bangun awal,” katanya.

Tambah pelakon filem Cicakman itu, dia menasihatkan adik, Elisya yang juga pelakon, untuk melakukan perkara sama.

“Saya selalu ingatkan Elisya jaga waktu. Jika terlambat, dia akan beri kesan kepada nama saya. Namun, Alhamdulillah, Elisya dengar kata.

“Saya juga selalu berpesan kepadanya agar jangan berlagak diva. Ada rezeki lebih, belanja kru makan. Itu caranya untuk kita disenangi ramai,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan dirinya sebagai duta serbuk vitamin C, Gebu Glow yang diusahakan dua beradik, Wawa dan Awien, Fasha memuji usaha mereka mahu membantu wanita termasuk suri rumah dan ibu tunggal mencari pendapatan.

“Saya dan adik-beradik pernah hidup susah dan melihat Mama ‘bergelut’ membesarkan kami tanpa ayah di sisi. Teringat kenangan lalu, saya terpanggil membantu mereka,” katanya.

Sumber – K! ONLINE viaTrending Sangat


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post