Baru Je KJ Cakap Nak Sam4n, Sekali Abu Syafiq Mahu Sam4n Balas KJ. Jumlahnya Memang Pening KJ Nak Bayar

Baru Je KJ Cakap Nak Sam4n, Sekali Abu Syafiq Mahu Sam4n Balas KJ. Jumlahnya Memang Pening KJ Nak Bayar

SHAH ALAM – Pendakwah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi yang juga dikenali sebagai Abu Syafiq bercadang untuk membuat saman balas sebanyak RM500 juta terhadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Baru Je KJ Cakap Nak Sam4n, Sekali Abu Syafiq Mahu Sam4n Balas KJ. Jumlahnya Memang Pening KJ Nak Bayar



Ia selepas Khairy dilaporkan telah memfailkan saman fitnah terhadap kenyataannya mengenai isu program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

ARTIKEL MENARIK:Dengar je nak kena s4man dengan KJ saman, ini reaksi slumber Ustaz Abu Syafiq


“Saya akan saman balas RM500 juta. Saman menteri-menteri ‘sedap sikit’ sebab poket mereka ‘berkepok’,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Khairy telah memfailkan saman fitnah terhadap Abu Syafiq dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu.

Saman itu dibuat susulan tulisan dalam talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tahun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Saman tersebut difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Menurut laporan, Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.

Dalam pada itu, Abu Syafiq menerusi satu hantaran berasingan sebelum itu turut menyatakan bahawa dia akan memadam segala hantaran dan video vaksin berkait dengan Ahli Parlimen Rembau itu.

Defendan juga diarahkan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di laman Facebook dan YouTube. – Foto IG/@ustazabusyafiq (Gambar kecil tangkap layar hantaran Instagram Abu Syafiq)

Terdahulu Ustaz Abu Syafiq Menang S4man, Ini Jumlah Wang Pampasan Yang Dia Bakal Terima

KUANTAN: Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengarahkan seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan RM20,000 kepada pendakwah bebas, Abu Syafiq Al-Asy’ary berhubung kenyataan fitnah yang dibuat melalui media sosial, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen turut membenarkan injunksi melarang Hamidah mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Menurut salah seorang peguam yang mewakili Abu Syafiq, Nurul Hafidzah Hassan, defendan juga diarahkan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di laman Facebook dan YouTube.



Loading...


“Saman sivil tersebut terpaksa diambil oleh Abu Syafiq bagi membersihkan namanya setelah percubaannya untuk menyelesaikan krisis tersebut secara baik, tanpa melibatkan proses mahkamah gagal apabila defendan enggan memadam fitnah yang telah dimuatnaik di akaun media sosial beliau dan enggan meminta maaf.

“Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukuh yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew.

“Jelas di sini yang plaintif tidak pernah memfitnah mana-mana pihak dan kesemua tuduhan dan dakwaan ke atas beliau adalah fitnah,” kata Nurul Hafidzah, menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada bulan Jun tahun lalu, Abu Syafiq berjaya mendapatkan maklumat daripada Facebook mengenai asal-usul komen di Facebook yang menggunakan namanya.

Antara maklumat penting yang diperoleh Abu Syafiq termasuk emel dan maklumat berkaitan mengenai dua akaun palsu yang telah digunakan di Facebook dengan tujuan dipercayai untuk menyamar dan mengejek plaintif termasuk membuat kenyataan berbaur fitnah dan memberi gambaran bahawa semua kenyataan tersebut dimuatnaik oleh beliau.

MNN-768x474.jpg

Berikut catatan Abu Syafiq di IG milik beliau

“SAYA MENANG SAMAN. Alhamdulillaah.

“Hari ini 11/1/2022 Selasa selesai sahaja saya menunaikan Ibadah Umrah. Team Peguam saya yang hebat dari Firma Guaman @hafidzahhassan telah memaklumkan keputusan Mahkamah kes Saman saya terhadap pemfitnah bahawa saya sebagai Plaintif telah MENANG dan pemfitnah Defendan kalah perlu mohon maaf secara terbuka dan bayar ganti rugi kepada saya.

“Tak sangka berita gembira ini saya dapat ketika saya berada di Ka’abah Masjid Haram di Mekah.

“Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurul Hafidzah @hafidzahhassan dan teamnya yang hebat baik dan ceria.

“Tidak lupa juga ribuan terima kasih buat semua ahli keluarga saya kerana mendoakan kemenangan ini. Allah maqbul doa anda sekalian. Alhamdulillah.

“Buat pemfitnah dan pemimpin-pemimpin yang zalim. Segeralah bertaubat sebelum terlambat.

– Ustaz Abu Syafiq. www.instagram.com/ustazabusyafiq

11/1/2022.
Di Hadapan Ka’bah Musyarrafah, Masjidil Haram Makkah Al-Mukarramah.

“Alhamdulillaah.

sumber: astro awani viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post