Bapa lakukan aksi ‘wheelie’ bersama anak kecil

Bapa lakukan aksi ‘wheelie’ bersama anak kecil

PETALING JAYA – Bagai menempah maut. Itu antara reaksi pengguna media sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi ‘wheelie’ seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak.

Bapa lakukan aksi ‘wheelie’ bersama anak kecil



Lebih membahayakan kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar serta melakukan aksi itu di jalan raya.

ARTIKEL MENARIK:Selain Nasi Lemak Anjing, Netizen Kongsi Beberapa ‘Nickname’ Tempat Makan Unik Dan Pelik


Menerusi perkongsian di laman Facebook Inforoadblock, kelihatan lelaki yang mengenakan kain pelikat bersama anaknya menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5.

Kelihatan kanak-kanak yang diletakkan di dalam raga motosikal pada bahagian depan cemas dengan aksi yang dipamerkan lelaki terbabit.

Difahamkan lelaki terbabit melakukan aksi itu selepas ‘dihasut’ oleh rakannya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam perbuatan lelaki terbabit yang bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah membahayakan kanak-kanak yang dibawanya.



Loading...


“Aku kesian kat anaknya, fikiran bapaknya terletak kat lutut, terlalu ikut kata kawan,”tulis Shahrul ZA.

“Sengaja nak tempah maut, kesian budak tu kalau jadi apa-apa, bapa jenis apa pun aku tak tahu,”tulis Asri Man.

Pada masa sama, pengguna mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada lelaki terbabit.

“PDRM tangkap, sebelum ada yang duduk hospital,” tulis Mus Tafa.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai AL Atip Daim.

“Abang tunggu Polis Diraja Malaysia ketuk pintu rumah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE


Kredit - Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post