PENTAS Big Stage 2022 yang membuka tirai pada malam Ahad menyaksikan pelbagai kejutan khususnya dengan kemunculan usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta.
Nama Iqbal, 28, sebelum ini dirahsiakan oleh pihak Astro dan diuar-uarkan sebagai kejutan dan dia akhirnya muncul menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara pada konsert minggu pertama.
ARTIKEL MENARIK:Peminat mula doa Wany Hasrita, Fairuz Selamat dijodohkan. Ini reaksi tuan punya badan
Bagaimanapun, seperti dijangka, persembahan pengenalan Iqbal mendapat komen panas daripada barisan juri.
Malah, juri tetap dan komposer Ajai memberi hanya lima markah dan menganggap nyanyian Iqbal kurang memuaskan.
iqbalIqbal membawakan lagu Biar Bulan Bicara
“Saya bagi lima markah kerana dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin tak dapat.
“Ada sesetengah orang tidak boleh menyanyi tetapi orang suka. Mungkin dia adalah begitu,” demikian komen Ajai.
Saya bagi lima markah kerana dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin tak dapat
Dalam pada itu, Dato Vida telah bertentang mata dengan Ajai berhubung pemarkahan yang diberikan kepada Iqbal pada minggu pertama
“Bertentang Mata Dengan Juri Tetap Bigstage 2022 @byajai . Tergamak Bagi 5 Markah. Tapi @byajai Lebih Professional Tentang Perkara Ini. Bukan Backup Yer . NO NO NO
Semoga Minggu Ni Semua Peserta Boleh Buat Yang Lebih Baik Dari Minggu Lepas” kata Dato Vida
Sementara itu Datuk Siti Nurhaliza yang juga selaku juri tetap program itu seakan tidak percaya kemunculan Iqbal sebagai peserta tambahan.
Beliau memberi sebanyak 25 markah dan berharap ahli perniagaan itu memberi persembahan lebih baik minggu hadapan.
“Saya harap dia dapat beri kejutan pada minggu akan datang,” komen Siti.
Ia secara tidak langsung menempatkan Iqbal di tangga tercorot dengan markah keseluruhan hanya 18.8 peratus.
Namun penyanyi lagu Hujan ini layak ke minggu hadapan berikutan tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama.
Vida muncul sebagai Presiden Netizen dalam Big Stage 2022.Vida dilantik sebagai Presiden Netizen.
Manakala dua peserta lain di kedudukan terbawah adalah Syafiq Abdullah dan Megat Rahim.
Bagaimanapun Megat tidak membuat persembahan berikutan masalah kesihatan.
Minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Aishah Retno menerima markah tertinggi, manakala tempat kedua Daniel Chuer dan Yasmin Aziz di tangga ketiga.
Program nyanyian yang mengetengahkan bakat generasi baharu itu turut disertai oleh Lia Aziz, Tuah Azmi, Ajoi Zainal, Jerung Merah, Elicia Paujin dan Tegar Septian.
Pembukaan minggu pertama dengan tema Game On dimulakan dengan pengenalan Aliff Aziz yang bertindak sebagai Juri Juara.
ajai1Ajai selaku juri tetap memberi lima marka kepada Iqbal.
Juri Juara merupakan juri jemputan dan mereka terdiri daripada selebriti yang pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Sementara itu, Mas Idayu diperkenalkan sebagai Juri Pedas yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta.
Manakala Datuk Seri Vida pula bertindak sebagai Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar.
Ajai tak menyesal bagi 5 markah untuk Iqbal Zulkefli Big Stage 2022 | MeleTOP | Alif Satar
“Buang Je La Kalau Saya Tak Layak”
Dikecam teruk kerana menyertai program nyanyian Big Stage, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli mencabar juri untuk menyingkirkannya di konsert kedua Ahad ini.
Mengakui diriya peserta paling teruk, Iqbal berkata dia bukan penyanyi sebenar serta menyerahkan nasibnya kepada juri.
“Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang empat musim, tapi bagi saya tak mengapalah. Buang je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okay je.
“Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar. Jadi jangan bandingan saya sebagai penyanyi dalam situasi ini,” katanya.
Ramai berpendapat penyertaannya dalam Big Stage seolah menutup periuk nasi penyanyi lain, Iqbal berkata itu adalah rezekinya dan orang ramai perlu menerima hakikat.
“Kenapa saya terpilih? Itu adalah rezeki saya, kena terima itu. Bagi sesiapa yang nak sertai pandai-pandai la marketing diri sendiri dan cari peluang selain jaga attitude untuk orang panggil. Jangan pertikaikan saya, fikir untuk diri sendiri. Jangan ada sikap nak nafikan rezeki orang,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal berharap orang ramai tidak salah faham kerana dia menerima tawaran menyertai Big Stage bukan untuk mencari publisiti.
“Ini bukan tempat saya mencari publisiti, tolong jangan salah faham. Saua bukan masuk untuk dikecam sebab nak popular, saya bukan orang macam itu,” katanya.
Post a Comment