Video MC Boleh Jadi Rasu4h, Doktor berang dgn SPRM: ‘Jaga tepi kain kamu sendiri’

Video MC Boleh Jadi Rasu4h, Doktor berang dgn SPRM: ‘Jaga tepi kain kamu sendiri’

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyelar SPRM kerana mengeluarkan iklan berkaitan doktor yang menjual sijil cuti s4kit ketika suruhanjaya antirasuah itu sendiri berdepan persoalan integriti.

Video MC Boleh Jadi Rasu4h, Doktor berang dgn SPRM: ‘Jaga tepi kain kamu sendiri’



Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata video di media sosial SPRM itu satu penghinaan kepada kesucian dan imej kerjaya perubatan.

ARTIKEL MENARIK:Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan? Anda Mungkin Dipenjara 2 Tahun Atau Didenda RM10,000


“Agensi kerajaan itu patut menggunakan contoh lain untuk menyampaikan mesej mereka.

“Sebagai doktor, kami sangat tersinggung dengan hantaran itu, yang patut diturunkan serta-merta,” kata Koh.

Video itu mendapat lebih 720,000 tontonan sejak dimuat naik semalam. Ia memaparkan seorang doktor menulis MC kepada pesakit setelah diberikan “sampul”.

Sementara itu, Koh memberitahu SPRM supaya membersihkan isu dalaman agensi itu terlebih dahulu.

“Adakah mereka lupa pengorbanan kami untuk negara dalam memerangi musuh ketat kita iaitu virus SARS-C0V-2 yang meragut 31,591 ny4wa?” katanya.

Koh juga berkata, dalam banjir baru-baru ini, golongan pengamal perubatan juga turun membantu orang ramai ketika klinik mereka sendiri musnah akibat banjir.

“Ini hanyalah beberapa contoh semangat dan komitmen kami yang tidak putus-putus untuk memberikan penjagaan kepada orang,” katanya.

MMA juga menuntut SPRM memohon maaf secara terbuka berhubung video itu.

MC boleh jadi rasuah? Mari saksikan bagaimana ini boleh berlaku. #RasuahDihinaMaruahDibina pic.twitter.com/tKDYN5nmj4

— SPRM (@SPRMMalaysia) January 4, 2022


Loading...


Semalam, pegawai kanan SPRM Shahrum Nizam Baharuddin diheret ke mahkamah atas dakwaan menyeleweng RM25 juta wang tunai yang menjadi bahan bukti kes rasuah.

SPRM juga berdepan kontroversi berkaitan dakwaan ketua pesuruhjayanya Azam Baki memiliki dua juta saham dalam syarikat senaraian awam.

Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta, Tak Patut Dijadikan Isu – Azam Baki

Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa akaun peribadi miliknya telah digunakan oleh adik, Nasir Baki bagi urusan pembelian saham.

Tambah Azam, isu penggunaan akaun tersebut untuk membeli saham tidak seharusnya menjadi isu besar kerana sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia bukanlah satu kesalahan.

Akaun Saya digunakan oleh adik saya atas urusan-urusan saham atas kepentingan dirinya – TS Azam Baki#malaysiagazette pic.twitter.com/fJyLwnBrCf

— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) January 5, 2022

Sebenarnya, sesiapa pun boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran. Kalau ada kesalah dan benar berlaku, beritahu saya kalau ia merupakan satu kesalahan.
Katanya lagi, tuduhan mengenai wujudnya ‘conflict of interest’ oleh sesetengah pihak terhadap dirinya tidak berasas dan dia telah menjelaskan mengenai isu tersebut (pembelian saham oleh adik) kepada Panel LPPR.

Saya tiada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu. Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.
Ujar Azam, tuduhan itu juga telah menggambarkan bahawa dia mengawal satu konglomerat yang besar dan tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai Ketua Persuruhjaua dan institusi SPRM.

Semalam, sebuah sidang media khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah diadakan bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang membabitkan beberapa pegawai-pegawai tinggi di agensi suruhanjaya berkenaan.

Antara nama yang terpalit dengan skandal tersebut adalah Tan Sri Azam Baki di mana sekitar minggu lalu, sekumpulan Ahli Parlimen PH meminta agar pendedahan penuh dibuat terhadap semua aset yang dipegang oleh Azam termasuklah isteri, anak-anak dan juga mereka yang mempunyai pertalian dengannnya.

SUMBER : Sinar Harian viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post