Tahniah! Ketampanan Bakal Suami Anak Sultan Brunei Tarik Perhatian

Tahniah! Ketampanan Bakal Suami Anak Sultan Brunei Tarik Perhatian

Kekanda Pengiran Muda Putera Abdul Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, 36, yang merupakan anak perempuan kedua bongsu Sultan Brunei bersama Puan Hajah Mariam bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

Tahniah! Ketampanan Bakal Suami Anak Sultan Brunei Tarik Perhatian



10 Hari Acara Majlis Perkahwinan Diraja Berlangsung


ARTIKEL MENARIK:Jangan Percayai Mata Anda! Lukisan Fotorealistik dari Hirothropologie


Menerusi pengumuman dari Instagram Brunei Royal Family, istiadat perkahwinan diraja ini bakal bermula pada 16 Januari 2022 dan majlis akan tamat pada 25 Januari 2022. Berikut adalah tarikh istiadat sepanjangan 10 hari majlis berlangsung.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh @bruneiroyalfamily

  • 16 Januari : Majlis Istiadat Bersuruh Diraja
  • 17 Januari : Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga
  • 18 Januari : Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja
  • 19 Januari : Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja
  • 20 Januari : Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja
  • 23 Januari : Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja
  • 24 Januari : Majlis Persantapan Diraja
  • 25 Januari : Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga

Netizen Ucap Tahniah

Pengumuman di Instagram keluarga diraja Brunei itu membuatkan ramai warganet membanjiri ruangan komen, dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan pengantin diraja tersebut.



Loading...



Foto – Instagram @bruneiroyalfamily

“Tahniah!!! Semoga dipermudahkan segala urusan istiadat perkahwinan diraja. Amin Ya Rabbal Alamin x3”

“Tahniah Puteri Fadzilah dan Awang Abdullah”

“Alhamdulillah tahniah” komen mereka

Kami juga ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, semoga baginda berbahagia bersama pasangan pilihan sehingga jannah-Nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Murai.my viaSlamber Media





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post