MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Isnin mengenepikan hukum4n penj4ra 10 hari dan denda RM4,000 terhadap Daniel Iskandar, remaja yang didakwa atas kesal5han cubaan menc.uri tabung masjid di Kuang, Rawang minggu lalu.
Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan demikian terhadap remaja berusia 19 tahun itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
ARTIKEL MENARIK:‘Masuk semak terus tak sedar, tapi dpt rasa kaki sedang berjalan menuruni cerun’ – Remaja cerita semula misteri kehil4ngannya
Sebaliknya kata beliau, hukum4n itu digantikan dengan melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.
Pendakwaan kes tersebut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat manakala remaja itu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khszairy.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin mengenepikan hukum5n penj5ra 10 hari dan dend5 RM4,000 terhadap Daniel Iskandar, atas kesalahan cubaan mencu.ri tabung masjid, minggu lalu. Foto: Sinar Harian
Turut hadir peguam Haniff Khatri Abdulla, Muhammad Hariz Yusoff, Nur Fatin Syakinah Kamarudin, Ahmad Khalil Md Rofiee dan Muhammad Mustaqim Ahmad Huzaini bagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) manakala Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie sebagai peguam pemerhati bagi Masjid Al Islahiah, Kuang, Rawang.
Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukum4n pen4ra 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja berkenaan kerana cuba menc.uri tabung kepunyaan Masjid Al-Islahiah, Kuang, Rawang pada minggu lalu.
Daniel yang juga penganggur dikenakan hukum4n itu selepas mengaku bers4lah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Kes remaja tersebut mendapat perhatian ramai selepas video dia dimandikan seperti jen4zah selepas dit4ngkap, menjadi tular di media sosial.
Ibu Daniel sedia terima maaf
SHAH ALAM – Ibu kepada Daniel Iskandar yang tular sebelum ini dimandikan secara jenazah bersedia dan terbuka menerima permohonan maaf daripada pihak masjid yang merakam insiden anaknya itu.
Jasma Rosli, 41, berkata, sebagai manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan dengan saranan hakim mahkamah tinggi (Datuk Abdul Halim Aman) adalah bersifat menjernihkan keadaan.
“Sebagai ibu saya bersyukur kepada Allah terhadap mereka (peguam) yang mengambil kes ini dan memberikan terbaik untuk Daniel demi masa hadapan dan dirinya.
“Tiada masalah, kalau kesemua pihak bermaafan, alhamdulillah. Apa yang tuan hakim beri pendapat dan keputusan adalah untuk semua sebagai pengajaran,” katanya ketika ditemui selepas prosiding semakan kehakiman anaknya di sini hari ini.
Jasma turut meminta orang ramai agar tidak cepat ‘menjatuhkan’ huk.um terhadap sesuatu insiden selepas ini.
Dalam pada itu, Jasma turut mengakui pengajaran diterima daripada kejadian itu adalah berpunca daripada ibu bapa.
“Saya akui kesilapan dan kecuaian saya sehingga menyebabkan perkara ini berlaku,” katanya.
Daniel yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik tinggal bersama datuknya selepas kedua ibu bapanya bercerai ketikanya berusia lapan tahun.
Ketika ditanya pemberita mengenai perancangan Daniel akan tinggal bersama siapa, Jasma menegaskan menyerahkan perkara tersebut kepada anaknya itu.
“Saya tidak mahu ada paksaan. Kalau saya kata dia adalah hak saya dan duduk bersama saya, mungkin akan memberontak lebih dari ini,” katanya
sumber: mstar via
Post a Comment