“Sama kes dengan saya..” – Nora Ariffin pula bersuara Isu wanita fitn4h pemandu lori m4buk,

“Sama kes dengan saya..” – Nora Ariffin pula bersuara Isu wanita fitn4h pemandu lori m4buk,

PERNAH menjadi mangsa fitn4h di laman sosial, penyanyi Datuk Nora Ariffin terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai kejadian pemandu lori dituduh mabuk hingga merempuh tiga kenderaan di bahu jalan.

“Sama kes dengan saya..” – Nora Ariffin pula bersuara Isu wanita fitn4h pemandu lori m4buk,



Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, penyebaran berita palsu di laman sosial boleh menimbulkan fitnah selain menimbulkan pelbagai keburukan.

ARTIKEL MENARIK:Jadi ‘Dream Girl’ Datuk Seri Mahadi Sejak Dari Dulu Lagi, Kenali Siapa Sebenarnya Nur Heliza binti Helmi


Sekadar peringatan secara umum dan diri sendiri, penyanyi berusia 48 tahun ini menasihati agar orang ramai berhati-hati dan tidak menyebarkan berita tidak sahih.

Nora menyuarakan pendapatnya di laman Instagram.

Dunia media sosial ni lain macam sikit. Segala-galanya cepat tersebar. Bahaya tu… sebar benda yang tak pasti.

Boleh menimbulkan fitnah dan pelbagai keburukan, selain daripada dosa. Terutama apabila menyentuh perkara-perkara peribadi dan maruah diri seseorang.

Nasihat saya kepada semua netizen termasuk peringatan untuk saya sendiri juga. Berhati-hatilah. Jangan mudah percaya dan sebarkan berita yang tidak sahih,” katanya kepada mStar.

Selain itu Nora juga ada memuat naik perkongsian di laman Instagram miliknya pada Rabu menyentuh mengenai isu yang tular baru-baru ini.

Boleh menimbulkan fitnah dan pelbagai keburukan, selain dari dosa.
NORA ARIFFIN
PENYANYI
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Rela Berpisah ini berkata dia turut mengalami nasib yang sama apabila dirinya difitnah selepas mengumumkan sudah berkahwin dengan Dr Rushdi Ramli.

Namun, menurut Nora tuduhan yang dibuat terhadapnya sudah selesai selepas dia bersemuka dengan pihak berkenaan.

“Jangan mudah sebarkan sesuatu yang kita tidak pasti. Apa-apapun yang kita andai, kita rasa… biarlah kita simpan saja.

“Salah atau tidak, itu bukan hak kita untuk menilainya. Cubalah bersangka baik. Sekiranya kita tidak sengaja melakukan kesilapan, segera mohon maaflah.

“Sama kes dengan saya. Setelah bersemuka, akhirnya terjawab segalanya adalah fitnah semata-mata. Alhamdulillahhh selesai. Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya.

Nora pernah difitnah kononnya memaksa suami ceraikan isteri pertama.

Pada Selasa, tular sebuah video mmemaparkan pemandu lelaki kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga kenderaan.

Dalam rakaman tersebut terdengar suara seorang wanita yang menuduh pemandu tersebut memandu dalam keadan mabuk sehingga merempuh kereta di bahu jalan.

Bagaimanapun, polis mengeluarkan kenyataan bahawa pemandu lori terbabit mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengesan video tular tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati kemal4ngan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh pada Selasa.



Loading...


‘Jika tidak kerana fitn4h, mungkin abang boleh diselamatkan’

Kuala Lumpur: “Jika fitnah itu tiada, mungkin abang boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyel4matkan ny4wanya,” kata Mohd Azmi Abd Samad, adik kepada Ahmad Sukri Abd Samad.

Ahmad Sukri, 49, yang juga pemandu lori disahkan meningg4l dunia akibat ser4ngan j4ntung di Hospital Sungai Buloh selepas terbabit dalam kem4langan membabitkan lori dipandunya dengan tiga kereta di Jalan BRP 8/2 Sungai Buloh pada Isnin lalu.

Mohd Azmi, 37, berkata, dia dimaklumkan mengenai kem4langan menimpa abangnya itu kira-kira jam 12 tengah hari, Isnin sebelum bergegas ke hospital berkenaan.

“Ketika berada di hospital, saya ada dimaklumkan oleh kakak, Rosilawati Abd Samad, 47, bahawa ada video abang ketika kem4langan tetapi individu yang merakam video berkenaan memberi pelbagai alasan untuk tidak menunjukkannya kepada kami.

“Bagaimanapun, ada rakan sekerja arwah memaklumkan video berkenaan tular pagi semalam dan hanya ketika itu saya melihat isi kandungan video terbabit termasuk dakwaan individu yang mendakwa abang memandu dalam keadaan m4buk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia berkata, dia amat sedih dan terkilan dengan tindakan individu terbabit yang menyebar fitn4h yang menjatuhkan m4ruah abangnya.

Katanya, dia dimaklumkan oleh kakaknya bahawa ada beberapa individu yang berada di lokasi mahu membantu arwah pada mulanya, namun tidak jadi berbuat demikian selepas mendengar fitn4h daripada individu berkenaan.

“Selepas video itu tular, saya ada membaca komen di media sosial mengenai insid.en itu selepas punca kem4langan terbabit dijelaskan dan boleh dikatakan kebanyakannya (komen) mendoakan arwah abang, namun ada juga komen yang meny4lahkan dia.

“Ada komen yang mengecam arwah dengan menyatakan jika sudah tahu s4kit j4ntung sepatutnya dia berhenti di tepi jalan kerana tindakannya boleh mer4gut lima ny4wa yang lagi penting dari hanya ny4wa dia seorang.

“Saya yakin jika abang boleh tahan s4kit, pasti dia akan berbuat demikian tetapi siapa yang tahu derita kes4kitan dilaluinya ketika itu,” katanya.

Menurutnya, dia sudah berbincang dengan ahli keluarga yang lain untuk membuat laporan polis berhubung komen kec4man berkenaan, penyebar video terbabit serta individu yang memfitn4h abangnya.

“Pada mulanya kami tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa tindakan namun selepas membaca komen-komen sedemikian, saya rasa kami perlu bertindak.

“Disebabkan itu, kami mahu membuat laporan polis berhubung perkara terbabit bukan kerana niat kami untuk menghukum mereka tetapi sebaliknya mahu ia dijadikan pengajaran kepada semua orang,” katanya.

Menceritakan mengenai keperibadian abangnya, Mohd Azmi berkata, arwah yang masih bujang adalah seorang individu yang baik kepada keluarga.

AHMAD Sukri (bulatan) bersama ahli keluarganya. FOTO ihsan Mohd Azmi Abd Samad

“Malah, abang ada membantu menyara kakak serta empat anaknya dari segi kewangan selepas kem4tian abang ipar pada 2017.

“Kehilangan dia amat besar impaknya bagi keluarga kami kerana kebaikannya,” katanya yang memaklumkan jenazah Ahmad Sukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, selepas Asar, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan pihak polis menafikan kemalangan membabitkan Ahmad Sukri akibat dia memandu lori dalam keadaan m4buk sebaliknya disebabkan ser4ngan s4kit j4ntung.

Sebelum ini, terdapat satu video tular berdurasi satu minit 18 saat mendakwa pemandu lori berkenaan m4buk dan mel4nggar tiga kenderaan lain.

Kredit -trendingsangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post